alam, amyz azlie, family, raya

Hari Raya Kami~

Raya kedua kami suami isteri dan raya pertama Alam. Di JB. Tahun lepas raya di Cheras. Kan senang ikut giliran nak raya kat mana. Tak adalah jadi konflik macam iklan Petronas – sudahnya kena bawa dua-dua kampung raya kat rumah kita. Sungguh tak munasabah. Nampak sangat tak boleh toleransi. Tak suka iklan tersebut. Iklan raya tahun ni tak best macam iklan PNB – Mana baju? Mana baju? Hari ini, hari yang kau tunggu~ Haha. Apa cerita pasal iklan ni? Pelis la~

Sambutan raya di JB tak banyak beza dari di Cheras, cuma malam Raya di JB, tak ada orang surau datang takbir dari rumah ke rumah macam di Cheras. Mak buat ketupat, masak rendang ayam, serunding daging, sambal goreng, kuah lodeh dan gulai kawah kambing. Wallah~ Meriah juga masak-memasak ni. Kecur pula air liur teringat serunding daging Mak. Aiseh~ Hihi.

Raya biasa-biasa. Pergi rumah saudara mara. Orang datang rumah beraya. Biasala tu. Yang penting mesti salam dan bermaafan di pagi 1 Syawal. Kat JB, raya rock uuu.. Tak ada seorang pun nangis masa salam-salam tu. Kalau kat Cheras, mesti dah nangis-nangis dah masa minta ampun kat Mak Ayah tu. Macam banyak dosa. Haha. Aku nak minta maaf kat Azlie, Azlie siap gelak-gelak kan aku lagi. Haha. Sabar saja lah~ Tak apa. Asalkan dah minta maaf dan memaafkan. 🙂 Jangan simpan dendam lama-lama dalam hati. Tak elok. Untungnya, Azlie tak pernah simpan marah kat aku lama-lama. Ni buat makin sayang nih. Ewah!

Aku dan Azlie ambil cuti dari Khamis sehari sebelum raya sehinggalah Ahad 19 Sept. Seminggu lebih sikit bercuti. 🙂 Raya di Johor sehingga hari Selasa. Di JB, beraya rumah saudara mak di Felda Sening, Tg Sedili, rumah Kak Yati di Tenggaroh dan rumah kawan Azlie di Pasir Gudang dan Kampung Melayu Majidee.

Hari Selasa balik KL semula. Di KL, sempat beraya di rumah Kak Long, Kak Ngah, rumah saudara mak di Puchong dan Shah Alam. Tak dapat nak beraya di rumah Effa dan Darwina. Sedih~ Azlie balik hari Sabtu sebab Ahad nak rehat-rehat di rumah. Kalau hari Ahad, confirm balik malam, tak sempat nak rehat sangat, Isnin dah nak kena kerja. Kesian kat dia.

Ehem. Sempat jugalah beraya di Times Square. Ewah. Sebenarnya hari Jumaat tu keluar untuk ambil MyKid Alam di JPN Taman Maluri. Lepas ambil MyKid, tak tahu nak pergi mana. Akhirnya tertuju juga ke Times Square. Dapat juga penuhkan keinginan diri sendiri yang dah lama mengidam Krispy Kreme dan keinginan Azlie nak makan sandwich di Subway. Hehe. 🙂

Alam masuk 3 bulan masa raya ke 4 hari tu. Beralih bulan ni, dia dah makin pandai “cakap”. Hihi. Tapi dia suka berbual dengan Papa dia. Dengan mama dia suka senyum-senyum saja. Makin tembam. Kalau bangun tidur, aku depan mata dia, mesti dia senyum-senyum. Kalau bangun tidur, tak ada orang, siaplah satu rumah dengar dia menjerit. Haha.

Ini adalah gambar dua orang yang gelap dengan anaknya yang putih melepak. Oh, memang ramai orang puji betapa putihnya Alam ni. Aku pun tak tahu kenapa Alam putih sangat compare dengan aku dan Azlie. Kembang sekejap terima orang puji-puji Alam. Perasan je mama ni. Haha.

Ini pula gambar raya kami, walaupun tak pakai baju raya. Hehe. 🙂 Aku pakai baju kurung biasa – bukan baju raya dan Azlie pakai t-shirt berkolar saja. Kami sempoiii.. 🙂 Alam? Sepanjang raya ni memang dia pakai baju baru saja. Ha~ Memang mama banyak belikan baju Alam. Anak baru seorangla katakan~ Hihi.

Salam Aidil Fitri dari Amyz, Azlie dan Alam.
Maafkan salah silap kami yach! 🙂

Advertisements

7 thoughts on “Hari Raya Kami~”

  1. Aku ada lawak keji sikit,

    ini betul ke si Alam ni anak korang weih???? Confirm tak switched kat hospital 😛

    lol.

    Aku rasa Alam ikut kulit kau, mesti kecik2 kau pun putih melepak 🙂

    Dulu aku kecik2 pakcik aku sorang suka buat lawak keji cam kat atas tuh,

    “sebenarnya, awak ni anak pungut, umi ajak ami man pergi kutip kat tempat tong sampah belakang rumah tuh.”

    keji kan?

    Like

  2. hahaha. hari tu pun ada org kata gitu gak kat aku. tertukar kat spital ke apa? hahaha. sunggoh keji.

    aiseh. nanti aku scan gambar aku kecik2. rasanya cerah aje. tak melepak macam si Alam ni. haha.

    aku rasa sebab aku minum seminggu sekali air soya home made – tak ada bahan kimia. ewah~ hahaha.

    wohh. kalo aku kena lawak keji tu, masa kecit2. mesti aku meraung2. hahahaha. sadis je kecik2 dah kena psiko macam tu. hahaha.

    Like

  3. wuish papa alam pun suka puji diri sendiri macam emaknya juga. lol.

    amyzzz aku membesar dengan low self esteem atas remark bodoh yang berulang kali diungkapkan kepada aku ha ha ha so jangan benarkan sesiapa buat lawak bodoh tuh kat Alam 🙂

    Like

  4. ika : hahaha. papa alam mmg camtu.

    uish. dulu aku pun sama gak membesar dengan rasa tak disayangi sampai masuk kolej. lepas masuk kolej baru oke. dulu adik kecit2. jadi tak dpt perhatian. hahaha.

    hana : wuhh.. hari2 cium tak muak seh.. hihi.

    Like

Comments are closed.