alam, amyz story, diary mama

Breastfeeding Mom On Board

Dulu sebelum ada anak. Even sebelum kahwin, aku ada berfikir tentang breastfeed. Masa tu, aku fikir, tak mahu kasi susu badan kat baby. Nanti breast tak cantik. Serius. Ini yang aku fikir.

Tapi selepas diberi kesedaran, motivasi, sokongan kawan-kawan dan pergi ceramah penyusuan ibu serta membaca forum-forum mengenai susu ibu, datang keinsafan dan barulah tahu 1001 kebaikan susu ibu lebih dari susu formula/tepung. Walaupun orang kata susah nak breastfeed baby sebab aku bekerja, takut tak cukup susu – kena top up dengan susu formula. Macam-macam lagi.

Ini merupakan salah satu sebab mengapa aku mahu full-breastfeed Alamkhir.

Satu statement dari seorang blogger.

Dan aku sanggup invest on a good breast pump. Mahal. Azlie terkejut dengan harganya. Even kawan-kawan Azlie pun terkejut, bila Azlie minta pendapat diorang tentang nak beli breastpump. Haha. Bukan Azlie seorang. Family aku pun terkejut. Tapi, bukan segedabak duit aku keluar beli. Aku ambil option bayar bulan-bulan – dan harga beli secara online ni pun jauh lebih murah dari pergi kat kedai.

Sebab invest untuk breast-pump yang bagus – semata-mata sebab nak buat stok susu EBM (Expressed Breast Milk) untuk diberikan pada Alam, bila aku ke pejabat.

Tak apa, keluar duit sekali untuk breast-pump – dari kena beli susu formula yang kurang khasiatnya berbanding susu ibu tiap-tiap bulan. Even di tin susu formula tu ada tulis – susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi. Maksudnya berapa banyak pun khasiat dalam susu formula tu masih tidak dapat menandingi kebagusan khasiat susu ibu.

Bukan invest on good breast-pump saja. Persediaan mental dan fizikal sangat perlu. Ada kawan siap perli aku, beli pam mahal-mahal, nanti dah bersalin tak ada susu. Rugi saja. Aku diam. Aku tahu, orang nak patahkan semangat orang lain sangat ramai. Orang yang nak menyokong sangat sedikit. Paling penting bagi aku, adanya sokongan dari Azlie dan keluarga. Orang lain nak kata apa, aku tak kisah. Asalkan aku dapat berikan yang terbaik untuk Alam. 🙂

Alhamdulillah, sehingga sekarang dapat menyusukan Alam sepenuhnya. Dan Alam membesar dengan sihat dan aktif.  Setakat ini, Alam tak pernah demam. Setakat hangat-hangat saja badan dia. Batuk sehari saja, esoknya dah baik. Selsema ada sikit la sebab aku pun tengah selsema ni. Semoga dapat terus menyusukan Alam sehingga 2 tahun. 🙂

Oh ye, lupa – kebaikan breastfeed bukan hanya pada bayi. Pada ibu juga. 😉 Antaranya badan ibu sentiasa langsing sebab satu sesi penyusuan membakar 500 kalori. Sebabkan masa pregnant dulu, aku mengembang tak ingat dunia. Huhu. Aku ingat berat badan aku tak boleh turun lepas bersalin. Siap plan nak pergi SlimWorld lagi. Tapi, aku tak sangka dua minggu selepas bersalin, aku dah dapat berat badan sebelum mengandung – 55kg. Sekarang? 49kg. Berat badan sebelum kahwin. Hohoho.

Best tak kebaikan breastfeed ni? 😉

Advertisements

14 thoughts on “Breastfeeding Mom On Board”

  1. sangat sangat sangat menyokong BF. Anak angah pun dua2nya exclusively BF sampai la 2 tahun lebih (berenti sendiri bila kandungan seterusnya dah dekat 4 bulan)

    semoga berjaya dalam misi yer!!

    Like

  2. adakah point entry ini untuk show off, kau beli mesin pam mahal2 pastu memang kau ada susu and not like how some people said takkan ada susu kan? kan? kan?

    😛

    nett, aku pun fikir sama jugak! lol!

    Like

  3. Angah : insya Allah~ semoga dpt bf Alam sehingga 2 tahun. Amin.. terima kasih angah. 🙂

    Nonah : hahaha. ko mahu cari yang tersirat.. but, entri ni hanyalah sebab kenapa aku go for bf baby – dan sebagai penguat semangat aku nak fully bf Alam sampai 2 tahun, sebab ada saja perkara yg hampir melemahkan semangat aku sampai skrg ni. huhu. 🙂

    Like

  4. perkara apa amyz? mari aku torture minda kau sikit, mesti kau akan rasa kau nak breastfeed habis2an sebab nak buktikan kepada aku kau boleh breastfeed sampai dunia baik ni 2 yrs old 😛

    toksalah cepat2 lemah semangat, unless of course kau rasa alam tak perlu di breast feed dan nak bagi pada aku?

    Like

  5. menyusukan anak adalah momment yang setiap ibu harus lakukan..

    indah..

    moga berjaya…

    beli pump mahal tak per, anak pertama, ada rezeki, adik-adiknya nanti boleh guna juga..

    breastpump mahal sekali ivestment, beli susu formula mahal, tiap bulan kena bayo.. Alesya akak bagi susu mahal, sebab nak cover tak dapat fully BF dia, so nak cari susu yang kononnya setanding khasiat susu ibu lah, walaupun susu ibu tiada tandingannya

    moga berjaya sepenuhnya…aminnn

    Like

  6. ika : hahahaha. baik! baik! aku bf terus-terus. tak yah toture. aku bukan boleh kena torture, melalak-lalak plak nanti. hahaha.

    Like

  7. kak pnut: 🙂 indah kan? seronok tgk dia menyusu sampai tido-tido. kalau tak tido tu, lepas menyusu pandang kita tersenyum-senyum. haha. comel.
    insya Allah mudah-mudahan berjaya susukan sampai 2 tahun. amin.

    kak pnut, saya percaya ibu, walaupun tak dpt bf anak dia atas sebab2 tertentu, tapi saya pasti dia mesti mahu berikan yg terbaik utk anak2 dia. ada ibu bapa belikan susu mahal, ada belikan baju mahal, ada yang hantar sekolah mahal2. sebab nak berikan yg terbaik utk anaknya.

    sbb tu juga saya mahu bf Alam sepenuhnya. 🙂

    Like

Comments are closed.