Membuat Kawan Bukan Kerja Mudah

Sudah sebulan setengah berada di tempat baru. Setakat ini, Alhamdulillah, semuanya baik-baik saja. Kerja pun ok setakat ini – sebab tak libatkan programming lagi – wuhuuu..! –  Jangan gembira dulu, sebab mungkin terlibat dengan programming juga bila satu sistem baru akan dibangunkan kelak. Tak apa. Buat masa sekarang enjoy sebab tak jumpa programming lagi. Hehe.

Tipikalnya seorang aku ini, agak sukar membuat kawan (translate dari making friends – betul ke?). Sebulan dekat sini, aku breakfast seorang, tak pun paksa Ida dan Fir teman breakfast bersama. Haih. Lunch? Memang setakat ini, lunch seorang atau tidak lunch langsung atau lunch dengan biskut oat. Hihi. Teruk sungguh aku ni. Ego ke malu – rasanya aku lebih kepada malu. Ish. Not good. Not good.

Tapi aku bukan seorang yang duduk diam menyombong di kubikel senyap-senyap. Ada masa aku tegur-tegur orang, walaupun kebanyakan masa orang yang tegur aku. Tapi ok la juga sebab kalau orang tegur, aku akan jawab dengan baik dan tersenyum manis. Hehe.

Baru sajalah minggu lepas dapat mengikut groupie 5 orang wanita di sini bersarapan pagi. Bila orang ajak, jangan menolak. Tetapi, nak masuk campur dalam topik perbualan masih tidak berani, kecuali buka topik perbualan baru, ataupun ditanya tentang sesuatu. Oho. Aku masih lemah dalam kemahiran untuk bersosial. Aku perlu perbaiki lagi.

Insya Allah, aku boleh berkawan dengan baik di sini. Jangan lokek senyum, ilmu, pendapat, dan makanan. Haha. Jawab dengan baik apabila ditanya. Rajin ucap terima kasih.

Sebulan setengah, baru dapat membuat kawan untuk bersarapan pagi. Belum nak buat kawan rapat lagi ni. Kawan yang boleh diajak ke Alamanda bersama. Hakhak.

Tak mudah membuat kawan, kawan. Kawan menangis jarang ditemui. Kawan ketawa ramai sekali. Kawan yang selalunya datang dan pergi. Meninggalkan kesan dalam hidup kita dan kita masih berkawan walaupun jauh.

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

4 thoughts on “Membuat Kawan Bukan Kerja Mudah”

  1. Menyesuaikan diri di tempat baru mmg sukar, aku dah kerja 6 tahun kat sini pun masih tak de geng. haih.

    Main belasah je makan dgn sapa2..Aku makan sorang2 pun takpe, janji makan. tengahari balik umah, makan nasik sambil tengok Oprah @ komedi2 kat StarWorld. haih. plain sungguh life aku.

    nak buat camana. Merlimau tak de alamanda. Kalau tak, tentu time lunch aku makan kat Secret Recipy sambil updet blog.haha.

    Like

  2. hahaha. mmg susah nak suaikan diri kat tmpt baru. aku ni dah la pemalu. haih. hahaha.

    kalau sempat balik rumah, memang aku balik weh. mak masak lagi sedap. hahaha.

    tak sempat nak update blog kat secret recipe. lunch hour sejam je. hahaha.

    Like

  3. kalo balik kg melaka, balik2 gulai cili api. dah la pedas. berasap perut aku. hahahaha.
    ramai aje org nak dtg melaka sebab nak rasa asam pedas. diorang tak muak seh. ko dah 6 tahun duduk situ. mana tak nya. hahaha.

    Like

Comments are closed.