amyz azlie

1 Tahun 10 Bulan

Dah 1 tahun 10 bulan. Lagi 2 bulan, genap 2 tahun. Kira-kira sudah 10 bulan kami berjauhan. Belum setahun lagi. Sungguh menduga kesabaran kerana berjauhan sewaktu mengandung sampailah Alam nak masuk 4 bulan esok. Fuh~

Tak apalah berjauhan ni, lagipun Azlie redha saya berjauhan dari dia. Sabar menunggu saya dapat tukar ke sana. Jadi, saya harus buang semua resah gundah kerana saya seboleh-bolehnya tak mahu emo sangat sebab akan merunsingkan dia. Tak baik bebankan suami dengan emosi yang bukan-bukan. Yang penting bagi Azlie, saya pandai jaga diri di sini dan jaga Alam baik-baik.

Kita ni manusia dan syaitan sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan keturunan Adam. Jadi, adakalanya saya berfikir bukan-bukan lah. Kadang datang cemburu. Kadang risau tak bertempat. Kadang nak marah-marah. Sayalah. Bukan Azlie. Sabar saja dia melayan isu hati saya ini.

Adatlah rumahtangga. Bukan sepanjang masa bahagia. Tapi dalam pada lidah yang tergigit tu, janganlah bawa berpanjangan. Cari space untuk redakan marah. Cepat-cepat minta maaf. Minta maaf bukan one side saja. Both side. Saya minta maaf, dia pun minta maaf juga.  Forgive and forget. Aiseh. Ini buat tambah sayang ni. Haha.

Kita ni dah dewasa, nak merajuk, marah lama-lama pun buat sakit hati dan jiwa. Sebagai seorang yang cool seperti Azlie, diam adalah cara terbaik. Silent-treatment. Walaupun adakalanya silent-treatment itu menyakitkan juga. Tapi daripada bertengkar dan marah dan menengking to each other, lebih baik diam.

Kalau saya marah, dia diam biarkan saya cool. Kalau dia marah pun, dia diam sampai dia cool. Kalau dah oke, baru cakap balik. Minta maaf. Lepas tu dah boleh gelak-gelak, gurau-gurau, pukul-pukul, belasah-belasah each other. Ada rahmat juga berjauhan ni, buat kami jarang berselisih faham. Adala. Bukan tak ada langsung. Kalau tak pernah bergaduh langsung, tolong bagi kat saya apa petuanya. Hehe.

Azlie ni seorang yang outspoken. Apa yang tidak kena di matanya, terus ditegur waktu itu juga. Ada yang pedas-pedas, ada yang lembut. Terpulanglah pada saya cara mana saya menerima teguran itu. Saya kadang boleh terima terus, adakalanya saya perlu fikir, baru saya terima. Tapi selalunya saya terima dengan baik. Mula-mula dulu rasa macam nak merajuk, lama-lama dah oke. Lama-lama lagi dah tak perlu tegur dah, sebab sepatutnya dah faham. Haha.

Untuk itu, hari ini, untuk 1 tahun 10 bulan bersama, saya mahu berterima kasih kepada Azlie atas semua-semua perkara yang dia berikan pada saya dan mencurahkan segala yang saya mahukan. Terlalu banyak yang dia berikan sehingga saya rasa tak ada perkataan yang mampu saya luahkan untuk berterima kasih kepadanya. Namun, saya mahu ucapkan, terima kasih, suamiku. Serta syukur kepadaMu, ya Allah atas rahmatMu ini.

Semoga ikatan kami kekal abadi. Amin.

Love you, always. 🙂

Advertisements

5 thoughts on “1 Tahun 10 Bulan”

  1. apa nieh? apa NIEH???? SETAHUN 10 BULAN? OMG!!!!!! buatlah anniversary entry every month ke, tak significantlah setahun 10 bulan, tidak langsung.

    saya rasa entry ini tidak relevan hahahahahahaa.

    jahat tak aku? jahat tak???

    sekian sahaja harassment saya setelah sekian lama tidak mengharass blog ini.

    (btw, it’s a sweet entry but STILL! :P)

    Like

  2. darwina : auuww. u’re sweet too. thank you darling.. mwahh!! 🙂

    ika : hahahaha. kalo genap 2 tahun, lagi special entri nyaa.. hahahaha.
    anyway thank you coz thinking its a sweet entry wpun tak relevan. hahaha.

    Like

  3. aku tak rasa dia tak relevan, aku saja nak harass. it’s a sweet entry even if kau nak buat entry anniversary seminggu jer pun. worst to worst, aku muntah hijau jerlah. hahahahaha.

    Like

  4. hahaha. aku tak lah seteruk itu nak buat weekly anniversary entry. sungguh jiwang tahap dewataraya. hahaha. jgn kata ko, nett, daun, semua org bleh muntah darah macam tu. hahaha.

    Like

Comments are closed.