alam

Happy 4th Month, Alam

Perkembangan setakat ini, dah pandai senyum, gelak, kuat membebel (ee-oo-aa dia lah~ haha.), air liur masih meleleh,  suka buat buih-buih tapi nasib baik tak suka sembur-sembur, mengiring ke tepi, angkat kaki tinggi-tinggi, tangan menggapai-gapai, suka pegang muka mama, senyum nampak gusi bila mama menyanyi, nak capai apa-apa yang mama tayang depan muka, senyap bila dengar musik, suka duduk tak suka baring lama-lama, menangis bila nak tidur, suka jaga antara pukul 3 – 5 pagi, suka bila berjalan, menangis bila berhenti jalan, suka mandi air suam saja, kalau marah akan menjerit sampai merah-merah muka, kuat menendang mama bila berjaga malam-malam, excited bila nama dipanggil, pandai pandang kamera, suka hisap dan gigit jari mama dan suka lonjakkan badan bila gembira. Hihi. Ha~ Pening nak baca nih. Haha.

Last time timbang; 6.2kg. Tinggi; 67cm.

Pagi tadi dia bangun pukul 6:30 pagi, menangis sebab tinggal seorang, dan senyum-senyum bila aku angkat dia. Geram je. Cepatnya masa berlalu, Alam dah 4 bulan. Haih~ Rasa nak balik rumah dan peluk Alam. Sekarang. Hehe.

Apa hadiah Alam 4 bulan? Mama belikan teether untuk Alam gigit-gigit. Macam dah gatal gusi saja sebab suka ambil jari mama dan gigit dengan geram. Adoi la. Mama juga belikan Alam bumbo seat bagi Alam praktis duduk. Nampak dia suka duduk di situ, tapi tak boleh lama-lama. Sekejab-sekejab untuk praktis duduk saja.

Papa cakap, mama mewahkan sangat Alam. Hehe. Dulu mama tak merasa semua ni, jadi untuk Alam – mama curahkan apa yang mama mampu curahkan. Tapi doesn’t mean, mama manjakan Alam tau. Kalau Alam nakal-nakal, mama marah juga. Bila Alam menangis menjerit-jerit sebab mama suruh tidur pun, mama naik angin juga. Mama need lots of sabar dosage. Haha. Adoi la..

Advertisements

4 thoughts on “Happy 4th Month, Alam”

  1. nett : keguguran. rambut dari lahir dah la sikit. dah gugur, tinggal sikit je lagi kat belah belakang. skrg yg tumbuh halus je. mcm kepala harith iskandar.

    macam ni ha.. halusss..

    Like

  2. cumel..sapu minyak baby hari2, insyaallah lebat lah nanti. fathul punya rambut pun lambat lebat jugak, tp budak2 nursery dok rajin letak baby oil..

    baru nampak lebat sket. kalo rambut tak lebat ubun2 budak sejuk, lalu selalulah selsema, mcm budak fathul tu.. sekian.hehehe

    Like

  3. effa : ohh oke.. baru tau. patutla idung alam selalu tersumbat aje malam-malam. dia tak selsema sangat tapi tu la. mcm asyik tersumbat je. rupanya sejuk. alahai kesian budak alam tu. hahaha. tak prihatin sungguh la mama dia ni.

    baiklah. lepas ni akan selalu sapu baby oil pada kepala dia dan malam2 akan pakaikan dia topi. huhu. kesian anak mama. hahaha.

    Like

Comments are closed.