alam, amyz azlie, tulis

Sifat dalam Tarikh Hijrah Pula?

Ada orang emel sifat seseorang mengikut bulan Islam. Ya. Tak cukup dengan sifat mengikut zodiak, tarikh masihi – ada juga sifat mengikut bulan hijrah pula. Hmm..

Ah, bukan itu saja. Ada juga sifat-sifat kita mengikut nombor hari dilahirkan la, antara tarikh x – y dilahirkan la. Hari apa dilahirkan la. Tahun dilahirkan la.. Lagi? Lagi? Ada lagi tak? Haha.

Sebagai seorang yang suka baca horoskop dan cuma baca horoskop yang gembira, aku pun chek it out sifat mengikut bulan Islam ini. Konon-konon lebih mulia la menilik sifat sendiri mengikut bulan Hijrah dari bulan Masihi. Kan? Orang kita begitulah. Taksub tak tentu pasal.

Mula-mula aku tukar tarikh lahir kami bertiga dari tarikh Masihi ke tarikh Hijrah. 3 Febuari bersamaan 16 Rabiul Awal. Tarikh lahir Azlie pula 28 November bersamaan 20 Muharram dan tarikh lahir Alam pada 13 Jun adalah bersamaan dengan 30 Jamadil Akhir.

Ini tafsiran sifat kami mengikut bulan Hijrah.

Azlie
Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Amyz
Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

(Ok, yang kurang sabar dan mudah marah tu betul~ Haha.)

Alam
Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Untuk bulan-bulan Hijrah yang lain, boleh lihat di sini (jika kamu malas nak google. Haha.). Tapi tukarkan dulu tarikh lahir dari tarikh Masihi ke tarikh Hijrah di sini.

Mungkin sebahagian kecil atau besar akan sama. Tapi aku tidak percaya sepenuhnya – kerana sifat-sifat manusia ini mudah berubah, yang tak berubah ada fizikalnya, unless dia pergi buat pembedahan kosmetik. Lagipun sifat-sifat jahat atau baik sebenarnya boleh dipupuk. Sekiranya dari kecil, anak kita dididik dengan baik – Insya Allah, dah besar nanti dia akan tahu hormat orang tua, mendengar kata dan baik hati. Tapi sekiranya sebaliknya, janganlah harap anak itu akan jadi baik bila besar nanti. Tetapi, dia  juga boleh jadi baik sekiranya diajar semula atau insaf dengan sifatnya atau diberikan hidayah. Sebab sifat itu berubah-ubah – tidak selamanya kita begitu.  Dari kecil sampai besar macam tu juga. Tidak. Kita berubah. Jadi, berusahalah berubah untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. 🙂

Ewah, entri motivasi kali ini. Hihi. 🙂

Advertisements

5 thoughts on “Sifat dalam Tarikh Hijrah Pula?”

  1. Haha. Betoi2. Byk kan benda2 ni.. Bila kumpul semua sifat2 bln islam la bln masihi la ikut tarikh lahir la ikut warna la, ikut anak no berapa la, campur tolak darab bahagi tarikh lahir la.. mcm2.. last2 jadi semua org ada sifat yg sama. ekekeke. Pastu kita plak pilih yg best2 je nak percaya. Yg tak best tanak percaya. kekekeke.

    Like

  2. cida : hahahaha. memang. yg nak baca yg best-best je. yang tak best, tak mau baca. horoscope tetiap bulan kat mag pun baca jugak. horoscope tetiap hari kat the star pun baca jugak. adoi laa.. bukan semer betul pun. hahaha.

    awin : which one tak bleh bukak? akak bukak oke je? huhuhu.. takpe. nanti akak emel link dia. ngehehe.

    Like

  3. Hehehe

    Rejab
    Ketika dewasa, dia suka bersikap tidak tahu menahu.

    Kelakar plak part tu…tapi betul la coz kadang2 kite ske wat cam budus2 hehehehe

    Like

Comments are closed.