bff

Its You, I Adore

Sudah lama tak menghabiskan masa bersama kawan perempuan yang fun to talk with. Dengan izin Azlie, aku membawa Alam untuk berjumpa Darwina, Ika dan Daun untuk satu sesi minum petang hingga dinner, semalam. Girls talk merupakan satu sesi terapi bagus dan mudah untuk jiwa wanita yang suka bercerita.

Walaupun hanya di rumah Daun, tapi aku rasa lagi bebas di situ untuk bercerita, bercakap dan bergelak-tawa kuat-kuat tanpa perlu risau orang memandang serong kepada kami. Maaflah, aku ni laugh person.

The talk was good. Minum petang pun seronok dengan ais krim Double Dutch (yummeh!), coklat, roti. Haha. Termasuklah dinner yang sedap. Thanks to Nuar yang membenarkan 4 orang perempuan melepaskan perasaan. Haha.

Alam, walaupun sedikit moody dan meragam bila nak tidur, aku tumpangkan dia tidur dalam buai Iqbal. Nyenyak dia tidur sejam. Lama juga tu. Terima kasih kerana memahami mama yang nak berbual-bual dengan kawan-kawan mama. Dah lama mama tak spend time dengan kawan-kawan. Seronok aku semalam, sampai lupa nak ambil gambar. Haha.

Aku tak tahu mana lagi nak dapat kawan macam korang, yang baik, memahami dan menyayangi. And my friends, it always you, guys. I adore*. 🙂 Yang boleh jadi serius lepas tu gila lepas tu emo sama-sama. Haha.

*include Nett, Cida & Effa. 🙂

Ada peluang, kita mengkopi-kopi lagi – walaupun semalam minum rut beer. Haha. :-p

Part paling aku suka bila Ika jaga Alam waktu aku nak makan, part Alam duduk di pangku Darwina masa aku drive pergi dan balik dan part Iqbal merahung-rahung bila Daun pegang Alam. Hahaha. Sweet!!

Advertisements

3 thoughts on “Its You, I Adore”

  1. ahahahahahaha aku suka alam lepak2 dengan aku and suck on my fingers, macam best gila. means dia mesra alam dengan aku. hahaha.

    and thanks to papanya, Encik Azlie, terima kasihhhhhhhhh bagi duit rayaaaaaaaaa I terharu!!!!! Next time I kidnap anak you yang maha handsome macam I itu 😛

    Like

  2. ika : hahahaha. harap2 alam dah besar esok pun tetap mesra dengan auntie2 nya tu. haha. ika, omg. ko puji Alam handsome sangat? omg! lihat, komen encik azlie di atas.. hahahaha.

    papa : mama tak nafikan papa memang handsome.. hihi. :-p

    Like

Comments are closed.