tulis, umum

Manis..

Aku pernah dapat lawak misscomunication Melayu-Jawa dari Mak. Macam ni ceritanya.

Ada orang Jawa pergi minum di kedai orang Melayu. Orang Jawa tu minta air kopi. Lepas minum, orang Melayu tanya, lagi? Orang Jawa tu jawab, legi. Orang Melayu tu pun tuang lagi air kopi. Tanya sekali lagi, lagi? Orang Jawa tu jawab, legi. Orang Melayu tu pun tuang lagi.

Sebenarnya orang Jawa tu cakap, kopi tu legi atau manis. Tapi orang Melayu tu ingat Orang Jawa nak lagi. Orang Jawa tu ingat, orang Melayu tu tanya, kopi tu legi ke tak. Orang Jawa tu cakapla legi. Maksudnya kopi tu manis.

Haha.

Kelakar juga lawak ni.

Sebenarnya aku teringat lawak ni, bila aku dengar lagu Kenopo Dewi nyanyian Jalil Hamid dalam bahasa Jawa translate dari lagu Hari Ini dan Semalam, nyanyian J. Mizan.

Ini lirik dia. Hoho.. Belajar bahasa Jawa hari ni. Ewah!

Dino iki kue teko nguyu
Tersenyum gawe ku senyum
kue hias awak mu
gawe hati bertambah gelem

tapi wini naimo ngermut
nang opo dewi nang opo
agak ke aku seng salah
omong ke dewi omong ke

ojo dewi ojokoyongono
nguyu nguyu lagu ayer
legi gaya rahi mu bertambah ayu

dino iki kue teko nguyu
tersenyum gawe ku senyum
kue hias awak mu
gawe hati bertambah gelem

Ehem. Itulah. Ini semua salah Darwina sebut-sebut pasal Jawa hari Ahad hari tu. Haha. Tiba-tiba.

Advertisements

2 thoughts on “Manis..”

Comments are closed.