Kerja. Emo. Rindu.

Masuk bulan November sudah. Fuh. Minggu lepas sangat emo dan sibuk dengan kerja sebab ada masalah di server. Telefon di office tak berhenti berdering. Panggilan dari pengguna yang bertanya kenapa sistem tak boleh guna, bila sistem boleh guna dan sebagainya. Tak letih pun layan panggilan itu semua. Nasib baik mereka tak melenting sebab sistem tak boleh guna. Faham. Sebab apa guna ada sistem jika kena buat manual? Betul?

Tapi semuanya ok. Kerja di sini ok, walaupun environment kerja yang busy dan asyik kerja, kerja, kerja, tanpa suka-suka hati pergi Alamanda tiap hari seperti Amyz. Haha. Mula-mula masuk agak terkejut. Sebab bila pukul 5 petang, ramai yang tak balik lagi. Pengarah pun tak balik lagi. Dah la datang as early as she can dan balik lewat tak tahu pukul berapa. Jadi aku nak balik cepat pun rasa segan. Haha. Serius. Di sini, nampak orang sangat sibuk dan bekerja bagai tiada hari esok – tidak seperti di Macgdi, busy-busy pun sempat lunch lama-lama kat Alamanda. Harharhar.

Di sini, sampaikan aku nak pergi pam susu pun rasa keseganan amat sangat. Tiap kali aku keluar bawa beg pam, setiap langkah aku ada saja orang merenung dengan aneh. Aku rasa macam alien di sini. Huhu. T_T

Tak mengapa. Janji aku buat kerja sebaiknya dengan gembira dan puas hati. Ewah!

Minggu lepas juga, aku dalam emosi. Jadi jalan terbaik adalah diam saja. Baca twit kawan-kawan, mampu hiburkan hati. Sibuk dengan tugas ada bagusnya sebab aku dapat lupakan emo yang tak tentu hujung pangkal tu. Tak apa. Jangan risau tentang emo tu. Sebab ia akan datang dan pergi secara konsisten. Haha.

Minggu lepas, email dari Ika tanya di mana Taman Tampoi Indah, buat aku buka wikimapia dan intai JB. Woh! Serta merta rindu kat JB dan segala-galanya tentang JB. Aku tak tahu, dari dulu lagi bila aku sampai kat JB, aku feel homey sangat. Tak tahu kenapa. Mungkin aku ditakdirkan tinggal di sana kot? Memanglah. Dah kahwin dengan orang Johor, haruslah kena tinggal di sana – cuma menunggu masa pertukaran ini disegera.

Yang paling aku rindu, walaupun waktu dulu aku benci – adalah kolej perdana. Iyalah. Rumahtangga kami berdua yang pertama. Haha. Drama betul aku ni.

Sampai aku intai Kolej Perdana minggu lepas – dalam sibuk-sibuk kerja tu, sempat pula si Amyz ni me-wikimapia. Lihat peta di bawah, ada tanda anak panah tu, itulah blok kediaman kami sepanjang tahun lepas. Serius rindu. Walaupun tinggal di tingkat 8 dan sangat benci naik -turun tangga bila lif rosak. Lif selalu rosak ok! Huu. Belum masuk budak-budak suka main lif – sebabkan blok tu blok pelajar bekeluarga, jadi adalah budak-budak di situ, yang suka main lif. Adoi! Hangin satu badan masa tu. Tapi sekarang, rindu pula. Keji saja.

Tanda X adalah kafe K9 dimana aku tapau makanan tiap-tiap hari waktu aku duduk di Kolej 9 yang berhadapan dengan kafe tersebut, sepanjang tahun 2008. Kenangan K9 adalah kenangan waktu kami berkawan dan bercinta.

Tanda 0 pula adalah Pejabat Kolej Perdana yang ada kedai runcit yang tiap-tiap hari aku pergi beli barang untuk memasak dan barang makanan.

Rindu kat UTM. Dan sebenar-benarnya sangat-sangat rindukan JB. πŸ™‚

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.