Mentel..

Semalam petang, bergurau-gurau dengan Alam.

“Yeay yeah. Esok papa balik. Yeay yeah. Esok papa balik.” Amyz menyanyi-nyanyi pada Alam. Alam sengih-sengih nampak gusi dan mencapai jari mama dia lalu di bawa ke mulutnya. Ish, budak ni. Semua pun nak masuk mulut.

Mak dan Adik di meja makan tergelak kuat-kuat.

“Bukan Alam yang seronok. Mama dia yang seronok.” Ejek Mak.

Haha. Benci!

Advertisements