Rush. Rush. Hurry. Hurry Lover Come To Me..

Ada orang kata aku ambil keputusan untuk berkahwin terlalu cepat. Kenal bulan Januari, kahwin bulan Disember. Belum kenal lagi isi hati Azlie macam mana.

Habis tu, nak kena tunggu 8 tahun ke baru terhegeh-hegeh nak kahwin? *Emo la pula~ Haha.

Tak lah. Bukan macam tu.

Tapi aku rasa, semuanya betul. Bila aku dengan dia, aku rasa tak mahu tunggu lama untuk jadi isteri dia. Tak mahu tunggu lama untuk jadikan dia suami aku. Azlie pun sama.

Kemudian, aku rasa macam. Oh, how everything can be so right?

Kami tak rush untuk go to the next level. Cepat tidak bermakna tak boleh bahagia. Sebab, bercinta lepas kahwin, peh.. lagi best, beb! Haha. Bila kita loved each other, kita boleh toleransi, faham-memahami. And we are mature enough to argue about benda kecil-kecil macam, kenapa tak bukakan pintu bila keluar kereta? Kenapa tak beli bunga masa Valentine? Kenapa tak bagi hadiah birthday? Dan sebagainya.

Dah la aku ni tak pandai masak. Aku tanya, tak apa ke kahwin dengan orang tak pandai masak? Azlie cakap, masak boleh belajar. Belajar la masak. Aku tanya lagi, tak apa ke kahwin dengan orang yang penyedih dan kuat nangis ni? Azlie cakap, dah pakej nya macam tu, terima sajalah.

Haha. :-p

Cepat atau lambat bukan ukuran kebahagian. πŸ™‚

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

2 thoughts on “Rush. Rush. Hurry. Hurry Lover Come To Me..”

  1. betul. kadang-kadang, tunggu lama2 pun tak dpt apa-apa kan?

    syukur sgt! dan terima kasih pada Awin sebab byk bg support masa-masa buat keputusan tu. πŸ™‚ hehe. love u!

    Like

Comments are closed.