Si Pipi Kentang

Ma Ngah, Cik Teh dan Mak Cu Alam kat rumah tu, suka panggil Alam pipi kentang. Sebab pipi yang bulat dan gebu tu. Haha. Sabar aje la. Bila cakap pada Azlie, Azlie balas, dah mama suka makan kentang. Nasib. Nasib. Haha.

Alam sekarang, haih, boleh tahan lasak la. Tangan menggapai. Apa yang letak depan dia, terus dia capai dan masuk mulut. Kalau toy tu tak dapat masuk dalam mulut, marah betul dia. Sambil hempas-hempas tangan kat badan sendiri. Kaki pula kuat menendang. Ye, sebab malam-malam Mama tak terjaga nak susukan dia, dia tendang-tendang Mama sampai terjaga. Adoi.

Kalau tak dapat hisap jari, hisap bibir bawah. Tak pun, tarik jari Mama masuk dalam mulut, gigit-gigit. Macam dah gatal sangat gusi dia tu.

Baru-baru ni, Alam dapat exersaucer. Kawan di office bagi. Second hand la tapi. Ok lagi. Cuma hilang satu mainan. Aku baca tentang exersaucer ni adalah alternatif terbaik selain walker. Sebab walker mungkin boleh membahayakan baby sekiranya kita ni sebagai parent tak mengawasi.

“An exersaucer can be a nice alternative” to a walker, says Dr. Greene (“Baby Walkers,” Dr. Greene: http://www.drgreene.com/21_810.html ) Exersaucers allow children to spin, rock, bounce, and sit upright, and are considered safe. Dr. Sears says “Parents often ask if these are safe for the child’s hips or back – don’t worry, these toys are fine.” (FAQS, Ask Dr. Sears: http://www.askdrsears.com/faq/az16.asp )

Rujukan lain di sini.

Tapi apa pun, walker atau jumperoo atau exersaucer, kita sebagai ibu bapa tak boleh biarkan baby dibiar tidak diawasi. Kot-kot tertelan apa-apa ke. Tahu-tahu la fasa baby mulai 4 bulan ni. Semua benda mahu masuk dalam mulut. Haih!

The good thing about exersaucer ni, ada toys yang boleh membantu membentuk perkembangan muscle, otak, deria rasa dan mata. Boleh spin 360 darjah yang membolehkan baby bermain dengan semua toys. Exersauser ni boleh adjust mengikut ketinggian baby.

Kaki Alam masih tak sampai kat lantai exersaucer tu, jadi kena letak bantal sebagai sokongan supaya dia tidak tergantung. Hehe. Asyik dengan toy sampai meleleh-leleh air liur. Haha.

Tapi sebagai budak yang aktif, Alam ni cepat bosan. Jadi tak boleh letak lama-lama di situ. Cukup beri mama masa untuk makan dan mandi. Dia pandai bajet masa. Mama habis mandi saja, dia pun jerit-jerit suruh angkat. Dah boring. Nak mainan lain, please! Tak pun, dapat gigit-gigit jari mama pun oke. -_-‘ Haih, sabar sajalah.

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

5 thoughts on “Si Pipi Kentang”

  1. Hahaha. Bila dukung semua nak hisap. Pipi aku, bahu aku. Sampai basah-basah. Haha. Air liur tanpa kesudahan. Hahaha.

    Iqbal hensem dan muka sangat cool. hahaha. my fav toddler after my nephew. haha.

    pipi gebu tu, time terjaga tengah malam, aku cium2 sampai dia tertidur balik. dia mmg suka orang cium pipi dia. hahaha.

    Like

Comments are closed.