Alam’s 1st Solid Food

Haih. Inilah bila duduk dengan mak ayah ni kan. Alam belum 6 bulan lagi, ayah dah cakap-cakap, Alam dah boleh makan. Seawal 4 bulan. Haih! Masa mula-mula dulu, aku ada juga, bukan nak kata bertengkar la. Berselisihan pendapat. Ayah kata susu tak cukup. Aku bekal 4 botol 3oz EBM. Aku cakap cukup dan beritahu perut Alam kecil lagi. Memang banyaklah pendapat kami tak sehala. Sebab ayah jaga Alam setiap siang. Kira banyak masa Alam dengan Mak dan Ayah. Dan mereka jaga Alam based on their experience. Aku pula, bercakap based on apa yang aku baca dan apa yang doktor bagitahu. Begitulah.

Ayah cakap, Alam dah ada tanda-tanda nak makan. Buat mulut mengunyah-ngunyah. Asyik perhati dengan penuh kusyuk bila orang makan, macam dia nak makan juga.

Pendapat orang tua bukan boleh dinafikan sangat. Aku pun tak mahu jadi derhaka. Jadi, untuk mengelakkan konflik dengan ayah. Aku turutkan jua permintaan ayah. Sebelum itu, aku google juga bila waktu sesuai bayi untuk consume solid food. Betul kah Alam dah bersedia menghadapi makanan pejal yang pertamanya? Apa tanda-tanda bayi sesuai untuk makan makanan pejal? Ini yang aku dapat dari sini:

Sebabkan ada pendapat tentang bayi bersedia mengambil makanan pejal seawal 4 bulan, tapi yang boleh diambil hanyalah beras semata-mata bagi mengelakkan food alergic.

Lepas tu aku merayau-rayau cari solid food for baby di Cold Storage, Alamanda. Dan alangkah gembiranya aku bila jumpa Rafferty’s Garden Organic Baby Rice for 4+ months. Terus beli ini;

organic baby rice for 4 month

Dan ini, Heinz Farley’s Rusk. Original. All ages. 4+months.

Lega juga jumpa makanan pejal untuk bayi seawal 4 bulan. Kalau tidak, memang bertengkar-tengkar lah dengan Ayah, nak tunggu Alam 6 bulan baru consume solid food. Tak apalah. Asalkan Alam masih minum susu ibu sepenuhnya.

Minggu-minggu pertama bulan ke 4 Alam, Ayah beri 2 sudu teh nasi dicampur dengan stok EBM Alam. Alam memang makan sampai habis.Sekurang-kurangnya aku tahu, Alam sudah bersedia untuk makanan pejal, dan ada makanan pejal yang sesuai dengan umurnya. Jadi aku rasa lega.

Sekarang ni, aku hanya bagi baby rice dan biskut ini saja. Mungkin nanti aku akan introduce jus dan puree pula. Aku ada jumpa juga jus dan puree untuk 4 bulan ke atas di Cold Storage. Mungkin boleh beli dan bagi Alam makan.

Alam pula, sangat suka makan. Sudu belum sampai kat mulut, mulut dah buka besar-besar sambil tangan menggenggam erat seolah-olah tidak sabar-sabar nak makan. Makanan pun tak ada meleleh-leleh keluar dari mulut dia. Haih! Dah besar anak mama.

Ini Alam, waktu makan biskut rusk yang aku cairkan. Sambil main, sambil makan. πŸ™‚

Si comot mama. πŸ™‚

Advertisements