alam, diary mama

Alam’s 1st Solid Food

Haih. Inilah bila duduk dengan mak ayah ni kan. Alam belum 6 bulan lagi, ayah dah cakap-cakap, Alam dah boleh makan. Seawal 4 bulan. Haih! Masa mula-mula dulu, aku ada juga, bukan nak kata bertengkar la. Berselisihan pendapat. Ayah kata susu tak cukup. Aku bekal 4 botol 3oz EBM. Aku cakap cukup dan beritahu perut Alam kecil lagi. Memang banyaklah pendapat kami tak sehala. Sebab ayah jaga Alam setiap siang. Kira banyak masa Alam dengan Mak dan Ayah. Dan mereka jaga Alam based on their experience. Aku pula, bercakap based on apa yang aku baca dan apa yang doktor bagitahu. Begitulah.

Ayah cakap, Alam dah ada tanda-tanda nak makan. Buat mulut mengunyah-ngunyah. Asyik perhati dengan penuh kusyuk bila orang makan, macam dia nak makan juga.

Pendapat orang tua bukan boleh dinafikan sangat. Aku pun tak mahu jadi derhaka. Jadi, untuk mengelakkan konflik dengan ayah. Aku turutkan jua permintaan ayah. Sebelum itu, aku google juga bila waktu sesuai bayi untuk consume solid food. Betul kah Alam dah bersedia menghadapi makanan pejal yang pertamanya? Apa tanda-tanda bayi sesuai untuk makan makanan pejal? Ini yang aku dapat dari sini:

Sebabkan ada pendapat tentang bayi bersedia mengambil makanan pejal seawal 4 bulan, tapi yang boleh diambil hanyalah beras semata-mata bagi mengelakkan food alergic.

Lepas tu aku merayau-rayau cari solid food for baby di Cold Storage, Alamanda. Dan alangkah gembiranya aku bila jumpa Rafferty’s Garden Organic Baby Rice for 4+ months. Terus beli ini;

organic baby rice for 4 month

Dan ini, Heinz Farley’s Rusk. Original. All ages. 4+months.

Lega juga jumpa makanan pejal untuk bayi seawal 4 bulan. Kalau tidak, memang bertengkar-tengkar lah dengan Ayah, nak tunggu Alam 6 bulan baru consume solid food. Tak apalah. Asalkan Alam masih minum susu ibu sepenuhnya.

Minggu-minggu pertama bulan ke 4 Alam, Ayah beri 2 sudu teh nasi dicampur dengan stok EBM Alam. Alam memang makan sampai habis.Sekurang-kurangnya aku tahu, Alam sudah bersedia untuk makanan pejal, dan ada makanan pejal yang sesuai dengan umurnya. Jadi aku rasa lega.

Sekarang ni, aku hanya bagi baby rice dan biskut ini saja. Mungkin nanti aku akan introduce jus dan puree pula. Aku ada jumpa juga jus dan puree untuk 4 bulan ke atas di Cold Storage. Mungkin boleh beli dan bagi Alam makan.

Alam pula, sangat suka makan. Sudu belum sampai kat mulut, mulut dah buka besar-besar sambil tangan menggenggam erat seolah-olah tidak sabar-sabar nak makan. Makanan pun tak ada meleleh-leleh keluar dari mulut dia. Haih! Dah besar anak mama.

Ini Alam, waktu makan biskut rusk yang aku cairkan. Sambil main, sambil makan. 🙂

Si comot mama. 🙂

Advertisements

4 thoughts on “Alam’s 1st Solid Food”

  1. dulu time zaid aku pun mcm nie, tunggu sampai 6 bulan, just bagi nestum. itu pun hati2 sangat. ikut label pada kotak biskut tu..

    kenalkan dia dengan bubur nasik bila dia dah dkt 11 bulan, sebelum tu cuma biskut rusk, dan nestum beli yg mcm2 jenis. (sbb baby sitter tu nak senang keja dia, tak yah masak seperti yang di deal awal2 – aku pulak zaidi kat pahang, sorang2 kat melaka ngikut je cakap org, takut nak bantah).

    tp, sayangnya bila dah 11, 12 bulan zaid dah reject segala bentuk nasik, makan pejal, bihun, buah.dia dah past fasa dia minat nak mencuba tekstur dan rasa. 😦

    sampailah sekarang.

    aku refer doktor, barulah tau kalau kurang dari 10,11 bulan kita lambat kenalkan pelbagai tekstur dan rasa pada baby ada kemungkinan dia akan reject seluruh umur dia. sedih kan?

    sampai skrg aku ralat. zaid dah 5 tahun tak nak makan buah, cuma makan bihun sup dan bubur,sangat memilih dan cerewet. takut nak mencuba.

    skrg sampai turn fathul, aku suap je segalanya. dia boleh kunyah nasik himpit, bihun, buah2 lenyek. aku test tengok okey. dan dia dah jerit2 mintak makan..tambah2 dok nursery, teacher dia suap je apa2..aku pun nasihatkan suap pelan2, takut tercekik pula. nasik goreng pon teacher dia suap. hahaha. tp aku tengok dia ok lepas tu, tak cirit birit, tak ruam, tak kembung. kira okeylah tu. haha.

    fathul dah pegang sendiri dan makan biskut skrg.biskut tiger ke, roti ke,semua dia makan. gigi baru naik dua batang bawah. lagi sakan dia nak makan.

    skrg kalau kat kedai makan, fathul enjoy makan kentang lecek n biskut, zaid dok menangis2 nak balik sbb stress semua org makan, dia minum air je..huhu

    Like

  2. ooohh. Ok. Ok. Kiranya aku tak payah risau-risau sgt la sebab intro solid food terlalu cepat pada Alam ye?

    kesiannya zaid. Susah juga ye? Lambat susah. Cepat takut alergic pulak.

    Tak apa. Aku rasa belum terlambat sangatlah. Masih boleh perbaiki lagi. Kena usaha lebih dan banyak sabar. Insya Allah, Zaid pelan-pelan boleh makan apa yang kau bagi kat dia.

    Ok. Lepas ni, aku tak marah-marah lah kat mak aku, adik beradik aku yang eager nak sumbat semua benda kat Alam sebab bila orang bagi, Alam menganga aje. Kalau sakit perut, siap diorang. Haha.

    Bestnya Fathul dah tumbuh gigi. Alam belum ada gigi. Tapi gusi dia gatal-gatal la. Asyik nak gigit jari aku je. Bagi teether campak. Jari jugak yang sedap. Adoi la.

    Like

  3. Yg penting, bila checkup monthly, jgn ckp dah bg makan, nnti kena marah mcm ada laa org tu hehe.. dah 6 bln ok le..

    Like

  4. hahahaha. betul betul. hari tu aku pegi check up 4 bulan pun. nurse tanya dah bagi makan ke. cepat2 geleng kepala. kalau tak mesti kena marah. hahahhaa.

    Like

Comments are closed.