Lampin Moden

Sejak pregnant, selain timba ilmu bagaimana menjadi ibu yang baik. Aku juga banyak survey tentang penggunaan kain lampin moden atau cloth diaper yang aku rasa ramai ibu-ibu di luar sana yang mahu baby mereka memakainya.

Banyak kelebihannya memakaikan cloth diaper pada baby. Reusable dan save lots of money! Save environment too.

Mula-mula lahir, memang Alam pakai disposal diaper. Masuk bulan kedua, tiba-tiba Alam kena nappy rash yang sangat teruk. Merah peha dan punggung dia. Kasihan sangat aku tengok. Pakaikan nappy rash cream dan pakaikan kain lampin biasa. Tak pakai disposal diaper untuk 2 minggu. 2-3 hari selepas tu, ruam berkurangan. Lega sangat.

Disebabkan peristiwa itu, aku learn that my baby’s skin is sensitive. Panas sedikit dah timbul ruam-ruam. Alergic dengan sabun Jadi, aku mandikan Alam tak pakai sabun. Lepas mandi, sapu losyen Sebamed. Sekarang barulah ok. Dah tak ada ruam sangat.

Dan sebab itulah aku beli cloth diaper. Aku allocated sekian bajet untuk beli sekali banyak sebab boleh terus guna dan tak perlu guna disposal diaper lagi. Bila beli sekali banyak ni, dapat diskaun secara banyak juga.

Cloth diaper ni all-size-in-one. Jadi Alam boleh pakai dari saiz S sampailah XL. XL tu boleh guna oleh baby sehingga 15kg. Aku beli campur-campur jenama. Coolababy, QQbaby, Lunatots, RainbowBaby dan SunnyMinky Baby. Semua pun bagus dan sesuai dengan Alam.

Cuma penat sedikitlah tiap-tiap hari kena luangkan masa untuk cuci cloth diaper. Biasalah, mesti ada pro dan kontra juga. Aku dapat save duit dari beli disposal diaper, tapi aku kena luangkan masa untuk mencucinya. Tak korban duit. Korban sedikit masa.

Tengok, Alam happy bercloth diaper. 😉

Ada orang tanya aku, lepas ada baby ni, banyak tak spend belanja pada keperluan baby? Cukup tak duit sampai hujung bulan? Alhamdulillah, aku boleh katakan perbelanjaan aku tiap bulan tiada beza sebelum dan selepas ada bayi. Sebab Alam fullybreastfeed dan bercloth diaper, jadi tak perlu beli susu dan disposal diaper tiap-tiap bulan. Kalau dulu aku spend untuk beli kasut dan baju, sekarang aku tukar spend untuk beli toys Alam la, baju Alam la, itu ini Alam la. Untuk diri aku, aku tak belanja banyak sangat dah. Kasut dan baju masih banyak yang elok dipakai. 😉

Sampai ayah aku cakap, cukup-cukuplah beli toys Alam tu.

Advertisements