Lampin Moden

Sejak pregnant, selain timba ilmu bagaimana menjadi ibu yang baik. Aku juga banyak survey tentang penggunaan kain lampin moden atau cloth diaper yang aku rasa ramai ibu-ibu di luar sana yang mahu baby mereka memakainya.

Banyak kelebihannya memakaikan cloth diaper pada baby. Reusable dan save lots of money! Save environment too.

Mula-mula lahir, memang Alam pakai disposal diaper. Masuk bulan kedua, tiba-tiba Alam kena nappy rash yang sangat teruk. Merah peha dan punggung dia. Kasihan sangat aku tengok. Pakaikan nappy rash cream dan pakaikan kain lampin biasa. Tak pakai disposal diaper untuk 2 minggu. 2-3 hari selepas tu, ruam berkurangan. Lega sangat.

Disebabkan peristiwa itu, aku learn that my baby’s skin is sensitive. Panas sedikit dah timbul ruam-ruam. Alergic dengan sabun Jadi, aku mandikan Alam tak pakai sabun. Lepas mandi, sapu losyen Sebamed. Sekarang barulah ok. Dah tak ada ruam sangat.

Dan sebab itulah aku beli cloth diaper. Aku allocated sekian bajet untuk beli sekali banyak sebab boleh terus guna dan tak perlu guna disposal diaper lagi. Bila beli sekali banyak ni, dapat diskaun secara banyak juga.

Cloth diaper ni all-size-in-one. Jadi Alam boleh pakai dari saiz S sampailah XL. XL tu boleh guna oleh baby sehingga 15kg. Aku beli campur-campur jenama. Coolababy, QQbaby, Lunatots, RainbowBaby dan SunnyMinky Baby. Semua pun bagus dan sesuai dengan Alam.

Cuma penat sedikitlah tiap-tiap hari kena luangkan masa untuk cuci cloth diaper. Biasalah, mesti ada pro dan kontra juga. Aku dapat save duit dari beli disposal diaper, tapi aku kena luangkan masa untuk mencucinya. Tak korban duit. Korban sedikit masa.

Tengok, Alam happy bercloth diaper. πŸ˜‰

Ada orang tanya aku, lepas ada baby ni, banyak tak spend belanja pada keperluan baby? Cukup tak duit sampai hujung bulan? Alhamdulillah, aku boleh katakan perbelanjaan aku tiap bulan tiada beza sebelum dan selepas ada bayi. Sebab Alam fullybreastfeed dan bercloth diaper, jadi tak perlu beli susu dan disposal diaper tiap-tiap bulan. Kalau dulu aku spend untuk beli kasut dan baju, sekarang aku tukar spend untuk beli toys Alam la, baju Alam la, itu ini Alam la. Untuk diri aku, aku tak belanja banyak sangat dah. Kasut dan baju masih banyak yang elok dipakai. πŸ˜‰

Sampai ayah aku cakap, cukup-cukuplah beli toys Alam tu.

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

4 thoughts on “Lampin Moden”

  1. ni mcm kulit zaid dulu, jenis halus tp sensitif. kena gigit nyamuk kembung keluar air bisa..kena panas bersin dan menangis sbb kulit nipis..

    mmg susah kalau kena rash. dia kencing menangis2 sbb luka kat situ.rash kat celah leher, paha, pelipat tangan, kelangkang. alahai~waktu tu tak de cloth diaper, kopak lah jugak bila dia kulit dia boleh brand Mami Poko.

    baguslah pakai cloth diaper nie~ tp aku tak start pun lagi. mmg rasa nya tak sempat kot. malam baru balik hadap baju anak2 dari nursery nak basuh.kekeke. kena buat anjakan paradigma lah cenggini.

    Like

  2. uish. sensitif pula. tapi nasib baik alam tak penah kena gigit nyamuk. aku yg selalu kena gigit. entah kenapa, kalau ada satu tempat tu, azlie tak kena gigit nyamuk, tapi aku mesti kena. darah manis. haha.

    masa tu aku pon rasa nak nangis sama sebab merah-merah sgt celah peha, celah tangan kaki semua. sedih. terus tak pakai sabun, sapu krim dan losyen je. tak pakai diaper pun. pakai kain lampin 4 segi tu aje. masa tu belom beli cloth diaper lagi.

    hahaha. belum lambat lagi nak try. nanti boleh simpan guna utk anak ke3. tak pun nanti, lepas tu boleh jual kat kwn2 atau bagi adik2 utk anak2 diorang. boleh guna sampai bila-bila tu.. πŸ˜‰

    Like

  3. tapi

    tu lah

    harga cloth diaper tu macam nak suruh ajen yg jual tu pergi haji balik hari aje amyz!. senak gak nak mengira tu..

    ingat nak try kat aleesya. tengok macam mana gayanya nanti.

    Like

  4. takpe. beli sikit-sikit. ada penjual cloth diaper ni siap buat skim kutu lagi. bayar bulan-bulan kata la nak beli utk 5 keping, 10 keping, 15 keping.
    paling bagus kalau ko dpt offer rm100 = 3-5 keping. ikut brand mahal dan murahnya cd ni.

    Like

Comments are closed.