Rezeki Itu Seperti Hujan

Pada hari Isnin dan Selasa yang lepas, aku menghadiri sesi latihan VMWare – dengan seorang pegawai perempuan dan 3 orang programmer lelaki yang lain. Sebabkan aku dengan Puan A tu perempuan, jadi kami rapat masa sesi latihan tersebut. Kebetulan yang baik, tarikh lahir dia sehari selepas tarikh lahir aku pada tahun yang sama.

Kebetulan yang baik.

Puan A Pegawai Teknologi Maklumat, berhenti dari swasta sebab nak masuk kerajaan. Cantik. Putih. Dah kahwin, ada 3 orang anak. Dua daripadanya kembar. Ada master (bila ada master, tangga gaji permulaan untuk Peg Teknologi Maklumat adalah lebih tinggi dari kemasukkan dengan kelayakan ijazah). Memandu Honda City.

Adakah aku menghitung kekayaannya? Tidak. Aku lihat kejayaan yang dia kecapi dalam hidup. Her life is good. Better than mine la of course. Bukan dia saja yang lebih baik dari aku. Sebab aku bandingkan diri aku dengan dia di sini adalah disebabkan faktor umur yang sama, tapi mengecapi kejayaan hidup yang berbeza.

Dia sudah berjaya dalam hidup. Sebab pada usia 30, dia sudah punya 3 anak, ada Master, kerjaya tetap dan memandu kereta boleh dikatakan mewah. Sudah tentu, ada rumah sendiri. Di Shah Alam.

Bagi aku, hidupnya sudah lengkap dan sempurna. Satu kehidupan yang baik. Yang mana, masa kini ramai orang kecapi dan masih ramai juga yang ingini.

Kawan-kawan rapat aku pun – macam Daun dan Effa (Kira dalam lingkungan umur yang sebaya) – pun punya kehidupan yang lengkap. Keluarga, rumah, kenderaan dan kerjaya yang bagus-bagus. Syukur Alhamdulillah. Yang bujang, pula macamΒ  Nett, Awin, Cida dan Ika pun punya kehidupan yang baik. Ada rumah sendiri, kenderaan, pekerjaan yang bagus. Kahwin? Tak apa. Masa bujang yang panjang ni lebih banyak masa untuk balas jasa ibu bapa.

Itu kan rezeki namanya. Rezeki masing-masing. Padang orang hijau, padang kita mungkin tidak hijau. Tapi langit kita sentiasa cerah. Maksud aku. Allah sentiasa memberikan kita rezeki dengan caraNya. Mungkin kita rasa Allah tidak berikan apa yang kita mahu, tapi Allah berikan kita satu perkara yang kita tahu kita perlu syukuri. Pendek kata, Allah turunkan rezeki dengan cara yang berbeza.

Bak kata nenek Rominah Sidek dalam cerita Pensil, masa Badrul tak dapat jual keropok lagi.

Allah beri rezeki macam hujan. Semua orang dapat.

πŸ™‚

Aku bersyukur dengan apa yang aku perolehi sekarang. Cukup makan, pakai, kenderaan dan tempat tinggal. Ada suami yang baik dan bertanggungjawab. Serta anak yang comel (Ewah, puji anak sendiri.).

Cuma aku masih belum settle down lagi di mana keluarga aku – iaitu kami bertiga (buat masa ini) – akan menetap. Rumah mana yang kami akan miliki. Kereta mana yang kami akan pakai satu hari nanti. Cuma yang pasti, kami akan menetap di JB la. Azlie kerja di Pasir Gudang, aku tak tahu lagi kat mana tempat kerja aku nanti. Mungkin di JB, atau Nusajaya. Dalam perancangan, kami akan menetap di kawasan tengah-tengah antara JB/Nusajaya dan Pasir Gudang. Senang untuk kami pergi dan balik kerja.

Keadaan kami berjauhan ni, buatkan semua itu tidak tercapai. Impian yang tertangguh. Satu hari nanti, bila kami dapat bersama semula. Bolehlah aku laksanakan apa yang diimpikan tu. Lengkapkan keluarga kami dengan semua itu – walaupun dengan hanya rumah, kereta yang kecil, tetapi ada dan selesa.

Kereta besar dan lain-lain materi itu – kadang-kadang lebih kepada memenuhi nafsu kemahuan. Orang ada, kita pun mahu. Sudah tentunya aku mahu sebuah kereta keluarga yang selesa untuk kami. Tapi perkara itu bukan satu keperluan yang besar. Boleh ditangguhkan. Sekarang pun ada kereta apa.. πŸ™‚

Sabarlah dulu. Walaupun sekarang tidak seperti yang diimpikan, tetapi masih elok dan baik. Syukur pada Allah. πŸ™‚

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

6 thoughts on “Rezeki Itu Seperti Hujan”

  1. pekerjaan yang bagus? ahahaha jauh sekalilah untuk aku bab tuh buat masa ni but alhamdullilah, cukup makan altho struggling. but things are slowly changing, insyaAllah πŸ™‚

    and soon, akan datang peluang kau gak, untuk settle down properly dengan Azlie, for now, strugglinglah juga dengan tabah ya!

    Like

  2. hahaha. still ko punya pengalaman adalah sgt precious. merata2 ko kerja. kerja tak hebat pun tak apa. janji rezeki halal. i’m so proud of u. πŸ˜‰

    insya Allah. semoga satu hari nanti aku dpt settle down semuanya ni dan keluarga aku bersama semula. amin.. πŸ™‚

    impian ko jadi penulis pun dah berjaya. tahniah!! πŸ™‚

    Like

  3. kereta yang bagus? ahaha. kelisa dan perdana kami tu beli second hand sahaja 6 tahun dulu. walau dua2 dah habis bayar. tp dua2 dah buruk ssgt..nak balik kg kena fikir banyak2. takut kena lepak tepi highway enjin berasap. kakaka.

    bila beli rumah pulak. aduih.rumah kecik je, tp sampai pencen tu bayar. mmg skrg duit shopping dah tak de. baju dan kasut aku dah tak berganti setahun tu.hehe

    Like

  4. eh. rumah tu kecik pun lot corner tu. at least rumah teres. kot2 ada rezeki lebih, blh tambah kat tepi. takpe. boleh make up pelan2. haha.

    kereta tu alahai. janji ada dan boleh bawa pergi mana2.

    hahaha. baju & kasut aku pun dah lama tak beli ni. haha.

    Like

  5. Bagi nama penuh, no ic, jabatan kerja di mana skrg. Juga salinan surat pertukaran. emel kat saya. saya cuba bantu mana yg patut.tapi xjanjilah. sy cuba jer.

    Like

Comments are closed.