Alahai Anak Mama..

Alam terkena selsema sejak Jumaat. Malam, asyik terjaga. Bila jaga saja menangis. Aku dukung. Dia mengantuk sangat sampai tertidur dalam dukungan. Tapi bila letak saja, dia jaga. Menangis balik. Dukung balik, tidurkan secara tegak. Sebab itu saja buat hidung dia tidak tersumbat.

Hari Sabtu sedikit cranky. Dah la tidur malam tak cukup, siang pulak tak mahu tidur. Selsema dan tak selesa. Asyik nak berdukung saja. Baringkan saja, mulalah menangis. Tidur pun kejab-kejab. Kasihan sangat.

Malam Ahad tu, badan Alam mula panas dan mula menangis tak henti. Dukung pun merengek-rengek. Malam itu, memang aku tak tidur. Alam menangis saja. Dah la tak cukup tidur, demam, selsema lagi. Sedih aku tengok.

Siangnya, panas tak kurang. Tidur kejab-kejab. Tak mahu senyum. Menangis. Badan pun lemah. Tak aktif. Baring pun diam saja.  Bila lama baring, menangis. Nak dukung. Nak di pangku. Alahai. Kesian anak mama ni.

Takut berlarutan, aku bawa Alam ke klinik. Budak ni, kalau naik kereta, gerenti diam. Hihi. Sooo Amyz yang kuat berjalan. Haha. Kenapa tak macam Papa yang suka duduk rumah saja? Hihi.

Doktor yang tak berapa ramah, tak berapa pesakit-friendly dan tak pandai berhubung dengan bayi itu, periksa Alam macam  ala-kadar.  Suhu Alam waktu itu, 38°. Dia prescripe ubat demam dan ubat titis untuk hidung. Bayi usia bawah dari 1 tahun tidak digalakkan diberi ubat selsema kerana buat budak mengantuk. Kalau asyik tidur saja, nanti hidung lagi tersumbat. Ok. Terima kasih doktor.

Balik rumah, beri ubat pada Alam. Alam menangis bila diberi ubat. Huhu. Kenapa mesti macam mama yang tak suka makan ubat? Kenapa? Huhu. T_T

Lepas sejam lebih tidur, Alam bangun. Senyum bila nampak mama. Lega hati aku. Panas badan berkurangan.  Amboi. Bila sihat tu, mulalah aktif menendang, menggapai, hisap toys, nyonyot jari mama. Senyum-senyum. Gelak bila kena agah. Lepas tu becok pula dia bercerita. Hihi.

Hadoilah.

Badan dia masih hangat. Dedar, kata orang. Cepat sihat ye sayang. 🙂


Demam dah kurang dan dah boleh senyum. Kalau tak, monyok saja. Hehe.

Advertisements