bff, tulis

Promo : Jet & Jonah Oleh Ika Madera

Kawan saya, Ika Madera atau kalian ada lihat komen-komen dia dalam blog ini dengan menggunakan nama Nonah, berjaya melahirkan buku pertamanya. Owhh. Saya sangat bangga dengan beliau. Saya dah baca edisi draf sebelum editing. Tentang Jet dan Jonah. Tentang persahabatan, tentang cinta, tentang keluarga. Manis. Sangat manis.

Terbitan Jemari Seni Publishing. Sedikit sebanyak tentang buku ada di sini. Sila klik. Boleh beli secara online juga di portal tersebut. 😉 Buku tersebut sudah berada dalam talian untuk ditempah sejak semalam lagi.

Kalau nak order secara terus dengan beliau dan mendapat tandatangan secara percuma (Ya. Tandatangan saja percuma. Haha), sila email pada ika.madera [at] gmail.com dengan harga RM19.00. Tambah RM4 untuk pos ekspres.

Tahniah kepada Ika atas kelahiran sebuah novel pertama ini. Semoga beliau dapat terus menulis dan melahirkan novel selepas Jet & Jonah. 🙂 All the best, and keep up the good work. I’m so proud of you. 🙂

Saya ada juga hati nak menulis. Tajuk buku saya nak tulis dulu, Oh Stilitoes tahun 2007. Sangkut kat bab 1 tak sudah-sudah. Harhar.

Advertisements

6 thoughts on “Promo : Jet & Jonah Oleh Ika Madera”

  1. ewah! ya! tandatangan sahaja percuma! Effa beli dengan I direct Effa! Sayang Effa! Thanks for your support 🙂

    Thanks Amyz juga 🙂

    Like

Comments are closed.