amyz azlie, amyz story, emosi

Dos-Dos Gembira

Berita duka yang diterima minggu lepas yang hampir mematahkan semangat aku ini, diubati dengan kepulangan suami yang sanggup ambil cuti sehingga 4 hari. Azlie sampai KL pukul 3 pagi Sabtu dan pulang semula ke JB pada pukul 2 petang tadi. Lamanya cuti. Wuhuu!

Aku pula ambil cuti sampai Selasa ni sebab mak dan ayah nak bercuti di Melaka. Jadi Alam ketiadaan penjaga. Lagipun hari Isnin kena  bawa Alam pergi klinik. 5 month check up plus injection.

Rasa macam di syurga. Bercanda macam orang baru bercinta. Dan Alam sebagai penyeri rumahtangga kami menyebabkan peratusan kebahagiaan melebihi 100%. 😉 Luangan masa bersama suami dan anak sangat berharga, membahagiakan dan memenuhkan dos-dos gembira sehingga melimpah ruah. Melihat Azlie tertawa melayan kerenah Alam buat hati berbunga bahagia. Tak pernah sekali dalam 4 hari itu, aku tidak tersenyum. Bahagia sangat.

Siapa tidak bahagia bila dimanja, mendapat segala perhatian dan segala yang dipinta, dipenuhi? 🙂

Azlie  tukar umur Ahad lepas. Tidaklah menyambut hari lahir secara beriya-iya. Ucapan dengan kucupan saja pun sudah cukup buat dia. 🙂 Hadiah kena tunggu gaji, boleh ye sayang?

Kenyataan diterima dengan tabah, apabila Azlie perlu pulang ke JB semula. Hati, walau berat mana pun, kenalah redha. Doakan setiap langkah suami dilindungiNya. Doakan agar panjang usia untuk pertemuan seterusnya. Bila suami redha, insya Allah setiap langkah kita Allah lindungi, Allah rahmati. Mudah-mudahan. Amin.

Menangis sekejap. Tapi demi permintaan suami, cuba jua menghentikan airmata. Walaupun serasa seluruh jiwa dan raga dibawa bersamanya.

Cukup dos-dos bahagia dan gembira selama 4 hari tu sebagai bekal selama dua minggu hingga ke pertemuan seterusnya.

Kena redha, tabah dan sabar, ye sayang? 😉 Mudah-mudahan nanti kita bersama semula. Amin.

Advertisements

2 thoughts on “Dos-Dos Gembira”

  1. alhamdulillah.may it last forever amyz! dan amin untuk kalian dapat bersama kembali.aku cuba riki2 member F kat JB. kot ada yang nak tukar.aku bagitau ko yah?..

    Like

Comments are closed.