Masih Dalam Keterujaan

Dua-tiga hari ini, lelah sedikit menyiapkan tugas-tugas sebelum ke Johor. Wuhuu! Masih teruja. Masih dalam mood melompat-lompat. Ya Allah. Tak terbilang rasa syukur dalam hati ini dipanjatkan untukNya.

Ceritanya begini. Hari Rabu, 22hb nan indah tapi mendung. Pagi-pagi mendapat panggilan telefon daripada bos meminta aku pergi training DELL Configuration and Administration di bilik latihan. Arahan saat akhir. Masuk sajalah. Duduk dan dengar. Bukan kena buat kerja pun. Nasib baik vendor provide breakfast, lunch dan tea-time. Time lunch makan nasi ayam. Memang sedap. Lebih-lebih lagi kalau free. Haha.

Lepas makan waktu lunch hour tu, aku pun pergi balik ke kubikel untuk menyemak email-email, surfing dan buat kerja tak berapa berfaedah sementara menunggu waktu latihan bermula pada 2:30pm.

Tiba-tiba aku ditegur oleh colleague, bertanya dapat ke tidak surat pertukaran ke JB dari JPA. Dia cakap, ada orang dari JB apply tukar ke Putrajaya, dapat surat suruh lapor diri di BHEUU. Kenapa aku tak dapat surat lagi? Eh, tak tau apa-apa pun. Segera aku telefon JPA. Sah. Memang ada keluarkan surat pertukaran.

Aku bergegas ke Seksyen HR, minta penjelasan. Surat baru sampai rupanya. Hadoih. Pergi JPA, ambil salinan surat. Lepas tu bergegas ke MOH untuk lapor diri. Di MOH, kerani tu cakap, surat lapor diri ke JB akan keluar hari Jumaat. Fuh! Sebab aku dah lapor diri di MOH, aku kena duduk di MOH la – sementara nak dapat surat.

Nak dapat surat pun tunggu sampai Jumaat. Pelik betul la~ (Inilah contoh kerenah biokrasi – tunggu pegawai tandatangan la. Pegawai tak adalah. Itu la. Ini la. Poyo la)

Memandangkan ada kerja yang tertunggak di BHEUU, aku ke sana semula dan buat kerja. Sampai balik lewat. Huhu. Buatlah juga. Tak kan la nak tinggal gitu saja. Siapkan nota serah tugas, laporan penilaian prestasi tahunan, kemaskini cuti, buat minit mesyuarat dan lain-lain lagi.

Khamis, kerani dari MOH telefon suruh punch card di sana. Sebab dah lapor diri semalamnya. Lepas punch card, balik semula di BHEUU untuk siapkan kerja sedikit lagi. Kidnap Darwina dan makan sushi bersama. Dalam banyak kerja saat akhir tu, sempat pula berhoya eh? Hihi. Biasalah Amyz memang begini.

Jumaat hari terakhir. Jumpa kawan-kawan di Macgdi. Minta maaf dan ucap selamat tinggal. Ewah. Fir bertanya, tak minta buat penangguhan ke? Kalau nak tangguh, nanti lagi banyak kerja kena buat. Baik tak payah tangguh. Ingat rajin sangat nak buat kerja ke bila hati dah sampai ke Johor? πŸ™‚

Semalam kemas barang di sana untuk bawa balik. Sebabkan tak lama di situ. Barang pun tak adalah banyak sangat. Hmm. Sekejab juga rupanya di sana. 1 September sampai 24 Disember. 4 bulan saja.

Hari ni nak packing. Azlie dalam perjalanan dari JB ke KL naik bas. Esok bertolak ke JB naik kereta kecil aku tu. Tak bawa banyak barang. Baju dan sedikit barang yang penting-penting saja.

Semoga esok berada dalam perjalanan yang selamat dan lancar. Semoga berjaya di tempat baru. Amin~

Advertisements

Doa yang Dimakbulkan.

Syukur. Terima kasih Tuhan. Terima kasih pada yang mendoakan. Terima kasih kepada suami.Terima kasih mak ayah. Terima kasih kepada keluarga. Terima kasih kepada kawan-kawan. Terima kasihhhh~ Ya Allah. Syukurnya~

Alhamdulillah. Doa dan permohonan untuk berpindah untuk bersama suami telah dimakbulkan.

Akan lapor diri pada Isnin depan di JB, jika tiada apa-apa aral. πŸ™‚

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. πŸ™‚

Randomness Fact/Thought

1. Alam setiap pagi bangun pukul 6am – kena layan dia setengah jam sebelum boleh mandi pagi dan bersiap ke tempat kerja. Menjadikan mama selalu lewat keluar rumah. Jika bernasib baik dapat keluar sebelum 7:15am, MRR2 tak sesak, maka insya Allah boleh sampai sebelum 8:00am. Kalau lebih 7:15am keluar rumah, maksudnya 8 lebihlah sampai tempat kerja. -_-

2. Pergi spa atau buat facial bukan untuk riak. Sebab muka tak cantik, sensitif, berminyak – cuma perlukan penjagaan yang ekstra sahaja. Itupun 2-3 bulan sekali baru pergi spa. Dapat massage treatment pun dah ok. Kurang sikit rasa stress. πŸ™‚

3. Dalam dunia penuh demanding ini, walau bagaimana kita cuba untuk tidak mengikut apa yang orang ada sebab kita dah rasa cukup. Tapi kita akan dikatakan out-dated. -_-

4. Kalau boleh, kalau boleh sangat-sangat. Saya nak berhenti kerja dan jaga Alam di rumah saja.

5. Pesanan untuk sang isteri dan untuk saya juga. Jangan sekali-kali burukkan suami. Sebab itulah wanita banyak jadi penghuni neraka. Ini adalah berdasarkan pengalaman dan pembacaan saya. Ada kawan-kawan di pejabat suka bercerita hal suami dan keluarga di pejabat. Selalunya yang baik. Bila terluah sesekala – Hah, laki aku ni, balas sms sepatah saja. Laki aku bawa kereta lembab. Laki aku mana reti beli barang kat kedai. Itu dah masuk kategori memburukkan suami. Saya selalu menghalang diri saya dari bercerita tentang suami di pejabat. Takut sangat.

Dalam pembacaan pula, banyak blog adik-adik yang baru bergelar isteri ini, yang teruja, lalu – tentang suami bangun lambat, suami malas nak tolong, suami tidur mati – semua diceritakan di blog. Jangan sayang. Berdosa.

Itu sebab saya tidak banyak bercerita tentang Azlie di sini. Saya sangat-sangat takut ‘ter’burukkan suami sendiri. Walaupun benda tu macam perkara kecil, tapi kecil pun – kalau suami kecil hati – adoilah – masuk kategori derhaka ok. Takot. Bukan sebab saya goody-goody. Tapi, sebagaimana yang saya katakan tadilah. Ini peringatan untuk saya – dan semua (kalau mahu ikutlah). πŸ™‚

… Nanti kalau ada lagi, saya sambung part #2. Hehe. πŸ™‚ ..

Diaper Bag (Mungkin Satu Keperluan)

Diaper bag yang dibawa bukan sekadar mengisi diaper saja, malahan turut diisi dengan wet tissue, toys, puting dan baju spare Alam. Selama ini, bila keluar, aku jadikan beg pam susu aku – Medela FS – sebagai diaper bag. Jadi ini, mungkin satu keperluan.

Sebab beg diaper yang ada – ehem – tak berapa menarik. Dan beg Medela tu – nampak stylo. Haha.

Mungkin aku perlu beli beg diaper kerana pada hari Ahad yang lepas, kami – aku, Azlie dan Alam keluar berjalan-jalan. Sudah tentu aku membawa beg pum Medela itu untuk diisi barang-barang Alam.

Isnin, pergi kerja. Seperti biasa, bawa bersama beg Medala tersebut untuk mengisi peralatan mengepam susu. Rupanya, terbawa puting Alam sekali ke tempat kerja. Mak telefon dari rumah, bertanya. Sudahnya, Alam yang memang susah nak tidur tu, mengaruk tak ada puting. Hadoih.

Sebab itu perlukan beg diaper baru untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang. Haha. (Alasan.. Alasan..)

Lalu.. Amyz pun meng-google diaper beg dari page di Malaysia. Terjumpa Gin & Jacqie yang mana rekaan diaper bag dan mommy bag mereka sangat-sangat menarik hati. Ada banyak berkenan. Tapi untuk kategori diaper bag, maka, pilihan itu terpaksa disenarai-pendekkan. πŸ˜€

Colorful Suzanna (Red)

Linda Casual

Lulu Baby Bag. Bag ni banyak compartment and it doesn’t look like baby bag. Looiiikkee!

Dan dari BeZahra. Diaper bag di sini murah-murah. Design pun cantik. πŸ™‚

Mommy Bag. Style macam Beg Medela FS ku. Hehe.

Carter Blue Baby Bag. Comel!

Ataupun diaper bag yang jenis back pack. Supaya Azlie bawa pun nampak bergaya juga. Kalau sling bag ni, suami tak boleh nak bawa. Nanti tak hensem. Hihi.

Macam ni. Baby Bjorn Diaper Bag. Kalau Azlie bawa, mesti nampak bergaya. Ewah. Ni nak bergaya ke nak apa ni?

Tak pun, yang ini. MacLaren Baby Bag. Stroller dah MacLaren. Diaper bag harus MacLaren juga ke? Haha.

Banyaknya berkenan. Macam mana nak pilih ni? Semua pun cantik. Walaubagaimanapun, kena tunggu kelulusan dari suami dulu. Bila dah approved baru proceed. Hehe. πŸ˜‰