alam

Budak Bertuah Ni..

Dengan niat, saja-saja nak mencuba nasib, aku hantar gambar Alam di MumCentre untuk peraduan Pic of The Week, minggu lepas. Hasil daripada memaksa beberapa orang kawan dan adik beradik serta kawan-kawan suami untuk vote gambar tersebut – Alam diisytiharkan pemenang untuk Pic of The Week. Aku tak sangka sebenarnya. Rezeki Alam. Alhamdulillah. 🙂

Terima kasih pada yang mengundi. Haha.

Sebabkan Alam pemenang Pic of The Week, Alam dipilih untuk Pic of The Month – November di Facebook MumCentre pula. Part ni, aku tak tahula tuah Alam nampak di namanya ke tak. Haha. Apa pun, kita cuba sajalah nasib kita. Kalau dapat, Alhamdulillah. Kalau tak, tak apa. Saja-saja. Tengok tuah Alam. 🙂

OK. Jangan lupa ‘Like’ ok? Hihi. 😀

Advertisements