Senarai Kemahuan Seorang Wanita (yang sebenarnya, tak berapa perlu..)

Sebenarnya, sukar untuk memenuhi kehendak seorang wanita, kerana dia banyakkkkk kemahuan. Sampai akhir nanti pun, kerja seorang suami asyik nak memenuhi kemahuan dan keperluan isteri saja.

Macam dalam filem Ali Baba Bujang Lapok. Ada satu scene Orang Kaya telefon Ketua Penyamun. Dialognya macam ni;

Orang Kaya (Kemat Hassan) : Ana minta ente kidnap sama ana la..

Ketua Penyamun (P. Ramlee) : Apa fasal ente mau ana kidnap sama ente?

Orang Kaya : Isteri ana banyak kasi ana susahlah. Orang beli rumah baru, dia mau rumah baru. Orang beli kerusi baru, dia mau kerusi baru. Sebab itu ana minta ente kidnap sama ana.

Ketua Penyamun : Sorrylah. Hari ini hari Sabtu, setengah hari. Esok hari Ahad. Holiday. Kalau hari Isnin, bolehlah.

Orang Kaya : Kalau ente tak mau kidnap sama ana ini hari. Ana panggil lain penyamun.

Ketua Penyamun : Kalau ente panggi lain penyamun. Seluruh persatuan penyamun akan mengambil tindakan.

Harhar. Oke. Tutup cerita Ali Baba Bujang Lapok.

Ini senarai kemahuan aku yang sebenarnya tidak berapa perlu. Biasalah. Wanita memang banyak memiliki perkara yang tidak perlu dalam hidup dia. Kalau tidak, dia tidak akan ada lipstik lebih daripada satu. Minyak wangi lebih dari satu. Eh, tu macam aku je. Ops!

Senarai ini tidak mengikut priority.

1. Gunting rambut pendek. Rambut berguguran tanpa kesudahan sekarang ni. Rimas tengok rambut gugur merata tempat. Nak potong pendek macam tahun 2007 – macam amoi. Ihiks!

2. Telefon bimbit baru. Ini perlu sebenarnya. Sebab telefon bimbit sekarang, tiap kali aku hantar mesej. Katakan lah aku mahu menaip huruf O, aku tekan M tiga kali. M itu akan keluar sebanyak 3 kali juga. Adoii. Terjadi juga kepada huruf-huruf lain.

3. Baju kurung untuk dibawa ke pejabat. Baju banyak yang lama. Dari tahun 2007 tak update-update. Huhu. T_T Adalah beli sepasang dua baju kurung baru. Tipu la kata tak ada langsung. Hehe.

4. Mungkin juga perlu kasut baru. Eh, perlu ke atau sekadar nafsu ni? Huhu. T_T

5. Buku!! Dah lama tak baca. Ok. Dah beli Jet & Jonah. Caca Marba baru saja sampai Sabtu lepas. Harap Jet & Jonah sampai dalam masa terdekat ni.

6. Lipstik baru. Eh. Tak. Gurau saja. :-p (Lipstik ada err.. 5 stick. Hehe.)

Kalau nak senaraikan perkara yang aku mahu. Sangat-sangat mahu sekarang ini, tentulah dapat tukar ke JB. Tapi sebabkan belum ada rezeki lagi di sana. Makanya, terpaksalah aku memenuhi kemahuan yang tak berapa penting ini. Supaya dapat menyeimbangkan hormon dan tidak selalu emo-emo.

Bila emo-emo, elok makan coklat. Bahan dalam coklat boleh membuatkan kita gembira sedikit. Betul. Tak tipu. Jadi jangan hairan kalau aku makan coklat, macam makan nasi. Hihi.

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

2 thoughts on “Senarai Kemahuan Seorang Wanita (yang sebenarnya, tak berapa perlu..)”

Comments are closed.