Entomophobia

Semalam tergelak-gelak membaca post, terutamanya post Ika (Raft) dan Daun (Asyura) seperti rajah di bawah.  (Rajah? Seriously. Kau ingat tulis tesis? Haha.) Anyway, tak apa jika takut kepada serangga. Walaupun serangga itu sebenarnya kecil, harmless, tidak berbahaya. T_T huhu. Tapi apakan daya. Aku terpaksa mengaku, aku takutkan serangga. Sangat!

Orang yang takutkan serangga dikenali sebagai Entomophobia atau dikenali juga dengan insectophobia. T_T

Aku. Memang. Tak. Boleh. Tengok. Serangga! Geli amat! Boleh menjerit-jerit secara histeria. Ini bukan lakonan, atau sebuah drama seorang Amyz. Ini betul-betul-betul. Ya Allah, dah la aku penakut haiwan kecil tu. Lepas tu boleh pulak la benda alah tu terbang-terbang dan hinggap kat aku? Mau tak menjerit secara histeria? Yang suka terbang-terbang dan hinggap kat orang ni adalah seperti lipas, kumbang dan belalang.

Pernah satu hari, masa tu sebelum kahwin la. Ada belalang besarrrrrrrrr hinggap belakang aku. Kenapa? Kenapa haiwan tu seksa aku? Macam mana dia tahu aku geli kat serangga? Kenapa dia boleh hinggap kat aku sedangkan ada ramai lagi orang kat  dalam rumah tu yang boleh dia hinggap? Argghh!! Menangis aku ketakutan. Ini bukan drama. Huhu T_T Benci! Benci! Bukan sekali, banyak kali ok. Trauma sungguh pengalaman ni. Huhu.

Lipas pun banyak kali juga. Sebanyak kali mana ia terbang-terbang dan cuba hinggap. Banyak kali tu jugalah lipas yang aku bunuh. Hii. Geli!

Ada sekali kat kampung Azlie. Kumbang hinggap. Apalagi, menjerit tanpa memikirkan perasaan malu. Dah la masa tu baru juga kahwin. Huhu. Azlie tengok aku menjerit secara histeria tu, dia gelak-gelak. Aku dah takut nak pengsan dah ni. Anak-anak buah, abang ipar gelak-gelakkan. Malu. Tapi bukan sengaja. Takut. Serius takut. T_T huhu.

Dah la takut. Serangga tu menggelikan oke. Hii. Gelinya bila kaki-kaki runcing dan kecil tu merayap-rayap kat belakang badan. Bencinya..! *Jerit kuat-kuat*

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

7 thoughts on “Entomophobia”

  1. erm excuse me. i tak jerit2 histerikal ya? I ni gungholah! pembunuh lipas yang cekap tanpa rasa apa2 emosi.

    cicak tuh, lain story, aku sanggup tunggu dia lalu depan aku, give way okay! before aku yang lalu. cicak2 sadis ini adalah penghuni rumah nenek aku yang siang2 hari, boleh pulaaaakkk dia merayau2 kat lantai MACAM itu rumah nenek dia BUKAN rumah nenek aku -_-

    Like

  2. =)) =))

    sengal la korang!! hahaha!! takpe ika, i got this one guy fren, sooooo afraid of cockroaches sampai tahap boleh jerit histeria lompat kerusi meja semua cukup!

    once he was driving, suddenly ada lipas dalam keta dia.. nasib baik tak eksiden. haih.. muka je ensem bak hero citer korea. hahahahahaha!

    Like

  3. nonah : hahaha. aku tak boleh hide ketakutan aku mcm ko. am not strong enough. hahahaha.

    nasib baik kat rumah aku tak byk cicak. sebab aku suka jentik pakai getah gelang tu. hahaha.

    darwina : hahahaha. kesian oke. muka hensem, tapi takut lipas? turn off a bit laaa.. hahahaha. tapi kesian jugak la. hahaha.

    Like

  4. cakap pasal cicak, aku kecik2 dulu dengan adik aku kalau jumpa telur cicak, siap gosok2 dalam tangan sampai panas.

    dalam sehari dua keluarlah anak cicak tu. buat anak angkat. ka ka ka ka.

    satu lagi trap paling best ialah tepi pintu belah dalam, bila cicak lalu je tutup laju2 bagi penyet. krruupp bunyi dia. banyaklah tengkorak cicak kat tepi pintu rumah mak aku tu.. ka ka ka.

    Like

  5. effa, aku ingat aku sadist bunuh lipas tanpa rasa emosi, kau lagi sadis weih!

    awin, i’ve met such a guy, my auditor. AUDITOR ya? soooo handsome, cair nak mati aku entertain dia, tenang saja buat audit, tau2 menjerit2 kacuak kacuak dalam ofis,aku cuak ingat apalah, rupanya lipas?

    harus aku katakan, pelamin anganku musnah on the spot ha ha ha. that was 10 yrs ago 🙂

    Like

  6. effa : hahahaha. aku kalo jumpa telur cicak. mesti nak pecah2 kan. siap terjumpa anak cicak yg baru nak jadik lagi. hahaha. kalo jumpa anak cicak. mesti nak putuskan ekor dia. hahaha. gelik2 tgk ekor cicak mengeletek2. hahaha
    aku kejam bunuh cicak pakai lastik aje la. ko lagi kejam rupanya. hahaha.

    Like

Comments are closed.