amyz azlie, amyz story

Eh.. Ni, Berseri (Anniversary)

Hari ini. 12.12.2010. Adalah ulangtahun perkahwinan kami yang ke 2. Dua tahun yang indah. Alhamdulillah. 🙂

Baru dua tahun bersama. 2 tahun bukan tempoh yang lama berbanding dengan orang yang sudah 5, 10, atau berpuluh-puluh tahun bersama seperti mak dan ayah kita.

Cuma dalam tempoh 2 tahun yang sekejab yang seakan lama ini,  dengan setahun duduk serumah, dan setahun berjauhan. Alhamdulillah, sangat bersyukur kerana cinta dan kasih sayang tetap utuh. Syukur dengan kelahiran Alamkhir yang manja. Alhamdulillah.

Dan apabila Azlie bertanya, apa yang saya mahukan untuk ulangtahun perkahwinan ke 2 kami? Saya cakap, tiada. Kerana semuanya cukup. Kasih sayang, perhatian dan segala dari Azlie sentiasa mencukupi. Makan, pakai dan materi lainnya pun cukup. Alamkhir pun cukup segala. Kasih sayang mama papa dan atok nenek serta makcik-pakcik dia. Hehe. Bekalan susu pun cukup. Baju dia lebih dari baju mama. 🙂

(Of course. Saya hanya mahu satu sahaja. Pertukaran ke JB.)

Insya Allah. Setakat ini, masih mencukupi. 🙂 Alhamdulillah. 🙂

Suami tersayang, setelah 2 tahun bersama ini, saya telah mendedikasikan cinta, hidup dan seluruhnya hanya pada kamu. Dan saya berniat dan bertekad untuk berbuat demikian sepanjang hidup saya. Pada saya, kamulah syurga. 😉

Advertisements

6 thoughts on “Eh.. Ni, Berseri (Anniversary)”

  1. ika : kek aiskrim tu. mmg sedap. tapi krim tepi manis buat buat diabetes kata azlie. haha.

    thanks bebeh. present eh? hahaha. belum dapat lagi. nak mintak henpon baru. hahaha.

    Like

Comments are closed.