alam, amyz azlie

My Boys

Lelaki-lelaki kesayangan saya. 🙂

.:love:.

Alam. Hari ini. 13 Dec 2010. Sudahpun 6 bulan. Kali terakhir timbang 7.4kg. Tinggi 67cm. 🙂 Alhamdulillah. Sihat dan aktif. Manja. Kuat menangis, suka senyum.

Alam ada drama juga. Macam mama, kata Azlie. Katalah, nak tidurkan dia dalam buai, sebab lebih dari 3 jam berjaga dan mata sudah sepet seperti mahu tidur. Tapi tak mahu tidur ni. Menangis-nangis dan jerit-jerit sampai keluar air mata. Mama pun dah naik kasihan dan tak sampai hati nak torture anak sendiri. Ambil dia dari buai. Automatically, dia senyum-senyum. Geram tak? Hiii. Ok. Fine. Tak mahu tidur sudah. Tapiiii… tak mahu baring juga. Menangis-nangis nak didukung. Bila dukung saja, haih, dia senyum-senyum. Hii.. Geram kuasa dua.

Tu baru nak suruh tidur. Haih.. 🙂

Sekarang sangat suka bergolek-golek. Bila baring, mood baik, angkat kaki tinggi-tinggi. Tangan pegang kaki. Cuba nak masuk mulut. Sekarang suka bebel-bebel, suka nyanyi-nyanyi terutama masa dibuai. Macam nak dodoikan diri sendiri. Lullaby mama dia tak sedap kot? Haha. Selain suka bebel-bebel masa nak tidur, masa bersenang-senang hati pun suka membebel-bebel sampai senget-senget mulut.

Time dia membebel-bebel tu, rasa macam nak gigit saja pipi dia. Geram. Haha.

Alam dah 6 bulan hari ini. Sekejab sangat Alam besar. Sekejab-sekejab nanti, Alam makin besar. Makin pandai. Makin bijak. Makin hensem. Alam, jangan kuat nangis lagi. Sayang, ingat ini. Adat wira harus tahan uji.

Kesayangan mama sampai bila-bila. 🙂

Advertisements

6 thoughts on “My Boys”

  1. newrin : bila tgk dia menguasai sst dgn cepat, rasa bangga – tapi dlm diam ada rasa sedih. dah besar anak mama ni. huhu.

    nanti bila dah pandai bercakap, dan bertanya tu. haha. tak tau la mcm mana.

    ya know, kids nowdays ni. said the darndest things. hahah.

    Like

Comments are closed.