Diaper Bag (Mungkin Satu Keperluan)

Diaper bag yang dibawa bukan sekadar mengisi diaper saja, malahan turut diisi dengan wet tissue, toys, puting dan baju spare Alam. Selama ini, bila keluar, aku jadikan beg pam susu aku – Medela FS – sebagai diaper bag. Jadi ini, mungkin satu keperluan.

Sebab beg diaper yang ada – ehem – tak berapa menarik. Dan beg Medela tu – nampak stylo. Haha.

Mungkin aku perlu beli beg diaper kerana pada hari Ahad yang lepas, kami – aku, Azlie dan Alam keluar berjalan-jalan. Sudah tentu aku membawa beg pum Medela itu untuk diisi barang-barang Alam.

Isnin, pergi kerja. Seperti biasa, bawa bersama beg Medala tersebut untuk mengisi peralatan mengepam susu. Rupanya, terbawa puting Alam sekali ke tempat kerja. Mak telefon dari rumah, bertanya. Sudahnya, Alam yang memang susah nak tidur tu, mengaruk tak ada puting. Hadoih.

Sebab itu perlukan beg diaper baru untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang. Haha. (Alasan.. Alasan..)

Lalu.. Amyz pun meng-google diaper beg dari page di Malaysia. Terjumpa Gin & Jacqie yang mana rekaan diaper bag dan mommy bag mereka sangat-sangat menarik hati. Ada banyak berkenan. Tapi untuk kategori diaper bag, maka, pilihan itu terpaksa disenarai-pendekkan. πŸ˜€

Colorful Suzanna (Red)

Linda Casual

Lulu Baby Bag. Bag ni banyak compartment and it doesn’t look like baby bag. Looiiikkee!

Dan dari BeZahra. Diaper bag di sini murah-murah. Design pun cantik. πŸ™‚

Mommy Bag. Style macam Beg Medela FS ku. Hehe.

Carter Blue Baby Bag. Comel!

Ataupun diaper bag yang jenis back pack. Supaya Azlie bawa pun nampak bergaya juga. Kalau sling bag ni, suami tak boleh nak bawa. Nanti tak hensem. Hihi.

Macam ni. Baby Bjorn Diaper Bag. Kalau Azlie bawa, mesti nampak bergaya. Ewah. Ni nak bergaya ke nak apa ni?

Tak pun, yang ini. MacLaren Baby Bag. Stroller dah MacLaren. Diaper bag harus MacLaren juga ke? Haha.

Banyaknya berkenan. Macam mana nak pilih ni? Semua pun cantik. Walaubagaimanapun, kena tunggu kelulusan dari suami dulu. Bila dah approved baru proceed. Hehe. πŸ˜‰

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

4 thoughts on “Diaper Bag (Mungkin Satu Keperluan)”

  1. Bjorn is cool. Aku rasa something like a bit manly so dua-dua bleh angkut. but of all i like lulu baby bag! lots of compartments aku suka hahahah!!!!

    Like

  2. tu la. aku minat gila kat lulu bag tu. dan bjorn. hahahaha.

    bjorn pun ada compartment yg memudahkan aku organize brg2 alam.

    wuhuu. yg mana satu lah ni. mungkin yg paling murah kot. hahaha.

    Like

  3. If u bfeed exclusively all u need is one big handbag to put basic necessities hehhe
    diaper bag tu blh tahan harganya baik beli designer bag hahhahha lps baby dh besar u don’t really need diaper bag anymore babe, but designer bag blh guna lagi hahahah

    Like

Comments are closed.