amyz story

Masih Dalam Keterujaan

Dua-tiga hari ini, lelah sedikit menyiapkan tugas-tugas sebelum ke Johor. Wuhuu! Masih teruja. Masih dalam mood melompat-lompat. Ya Allah. Tak terbilang rasa syukur dalam hati ini dipanjatkan untukNya.

Ceritanya begini. Hari Rabu, 22hb nan indah tapi mendung. Pagi-pagi mendapat panggilan telefon daripada bos meminta aku pergi training DELL Configuration and Administration di bilik latihan. Arahan saat akhir. Masuk sajalah. Duduk dan dengar. Bukan kena buat kerja pun. Nasib baik vendor provide breakfast, lunch dan tea-time. Time lunch makan nasi ayam. Memang sedap. Lebih-lebih lagi kalau free. Haha.

Lepas makan waktu lunch hour tu, aku pun pergi balik ke kubikel untuk menyemak email-email, surfing dan buat kerja tak berapa berfaedah sementara menunggu waktu latihan bermula pada 2:30pm.

Tiba-tiba aku ditegur oleh colleague, bertanya dapat ke tidak surat pertukaran ke JB dari JPA. Dia cakap, ada orang dari JB apply tukar ke Putrajaya, dapat surat suruh lapor diri di BHEUU. Kenapa aku tak dapat surat lagi? Eh, tak tau apa-apa pun. Segera aku telefon JPA. Sah. Memang ada keluarkan surat pertukaran.

Aku bergegas ke Seksyen HR, minta penjelasan. Surat baru sampai rupanya. Hadoih. Pergi JPA, ambil salinan surat. Lepas tu bergegas ke MOH untuk lapor diri. Di MOH, kerani tu cakap, surat lapor diri ke JB akan keluar hari Jumaat. Fuh! Sebab aku dah lapor diri di MOH, aku kena duduk di MOH la – sementara nak dapat surat.

Nak dapat surat pun tunggu sampai Jumaat. Pelik betul la~ (Inilah contoh kerenah biokrasi – tunggu pegawai tandatangan la. Pegawai tak adalah. Itu la. Ini la. Poyo la)

Memandangkan ada kerja yang tertunggak di BHEUU, aku ke sana semula dan buat kerja. Sampai balik lewat. Huhu. Buatlah juga. Tak kan la nak tinggal gitu saja. Siapkan nota serah tugas, laporan penilaian prestasi tahunan, kemaskini cuti, buat minit mesyuarat dan lain-lain lagi.

Khamis, kerani dari MOH telefon suruh punch card di sana. Sebab dah lapor diri semalamnya. Lepas punch card, balik semula di BHEUU untuk siapkan kerja sedikit lagi. Kidnap Darwina dan makan sushi bersama. Dalam banyak kerja saat akhir tu, sempat pula berhoya eh? Hihi. Biasalah Amyz memang begini.

Jumaat hari terakhir. Jumpa kawan-kawan di Macgdi. Minta maaf dan ucap selamat tinggal. Ewah. Fir bertanya, tak minta buat penangguhan ke? Kalau nak tangguh, nanti lagi banyak kerja kena buat. Baik tak payah tangguh. Ingat rajin sangat nak buat kerja ke bila hati dah sampai ke Johor? 🙂

Semalam kemas barang di sana untuk bawa balik. Sebabkan tak lama di situ. Barang pun tak adalah banyak sangat. Hmm. Sekejab juga rupanya di sana. 1 September sampai 24 Disember. 4 bulan saja.

Hari ni nak packing. Azlie dalam perjalanan dari JB ke KL naik bas. Esok bertolak ke JB naik kereta kecil aku tu. Tak bawa banyak barang. Baju dan sedikit barang yang penting-penting saja.

Semoga esok berada dalam perjalanan yang selamat dan lancar. Semoga berjaya di tempat baru. Amin~

Advertisements

5 thoughts on “Masih Dalam Keterujaan”

Comments are closed.