alam

7ujuh Bulan

Alam sudah masuk 7 bulan – 13hb yang lepas. Obviously, sangat suka berjalan. Kalau bawa keluar, confirm tak ngaruk. Mengantuk pun tak apa. Siap boleh tidur dalam stroller tanpa perlu susu atau buaian. Senang sangat!

Alam masih belum tumbuh gigi. Merangkak pun belum. Baru meniarap, pusing-pusing 360º dan angkat punggung.  Lagi satu, undur ke belakang. Hihi. Tapi bila masuk dalam walker, sangat laju. Tambah-tambah kalau nampak orang buka pintu. Ye. Asyik nak keluar rumah saja. Haih. Ini semua salah mama yang kuat berjalan. Hadoi.

Bawa Alam ke klinik untuk check up Sabtu lepas. Doktor kata Alam sihat dan aktif, jadi aku rasa aku tak perlu risau tentang development dia sangat. Tak apa. Setiap baby, lain perkembangannya.

Berat Alam 8.4kg. Memang boleh timbul muscle papa kalau amalkan dukung Alam setengah jam sehari. Kihkih. Tinggi 70cm, which is Dr cakap quite tinggi compare with other same age babies.

Aku tak kisah sangat. Asalkan Alam sihat, dah cukup bahagia dah~ 🙂

Sekarang makan 3x sehari. Susu pun dah kurang. 1 botol 5oz dan 2 botol 4oz sehari. Malam-malam akan mengempeng sampai tertidur. Dengan mama-mama sekali tertidur. Di mana akan menyebabkan masalah-masalah lain seperti terlupa basuh cloth diaper, basuh botol dan keluarkan susu. Tapi ini berlaku sekali-sekala saja. Azlie pun ada tolong basuhkan botol, sidaikan baju dan siapkan susu. Million thanks to papa.

Kuat membebel juga. Sekarang bahasa baby dia – “teh-teh-teh”, “dah-dah”, “Brrr..” (sambil sembur-sembur). Kalau pagi-pagi – seawal pukul 5 pagi, dia bangun dan membebel dengan kuat sekali. Kalau mama dan papa tak terjaga juga, dia menjerit dengan kuat juga. Terus kelam kabut bangun dan mengadap anak yang inginkan perhatian. Hihi.

Bila dah ada anak ni, sayang, memang tak akan cukup tidur punya. 😉

Alam ini ada mood juga. Kalau dia not in the mood, orang agah macam mana pun, dia serius saja. Ini traits dari papa. Haha. Kalau mood baik, benda tak kelakar pun dia gelak. Tapi puas juga nak buat dia gelak. Terpaksa jadi badut la, penyanyi, pelawak. Haih~ (-_-‘) Susah nak buat dia gelak. Dia sengih-sengih pun dah cukup baik. Haha. Tapi Alam suka senyum. Ini traits dari mama. 🙂

Tak apa, demi Alam – ku turutkan jua. 🙂

Hati siapalah yang tidak cair? 🙂

Advertisements

12 thoughts on “7ujuh Bulan”

  1. effa : alam pun ada drama gak tau. kadang dia nangis2 dalam walker. bila angkat, automatik senyum2. geram tak? hahaha.

    bila dpt jumpa fathul dan lawan pipi tembam tuuu.. ihihi. geram!!

    Like

  2. darwina : cair kan? kalo menangis skrg, keluar2 air mata – drama sgt. haha.

    syida : sehari boleh. byk hari, tak dpt laa.. haha.

    daun : muuahhss!!

    Like

Comments are closed.