Catching Up

Mendapat akses internet waktu hujung minggu (dan di waktu Alam tidur), adalah peluang untuk catching up things macam blog entries dan fb’s update dari family dan kawan-kawan. Nasib baik twitter boleh update dan baca di office. Kalau tidak, buntu juga. Iyala. Orang yang terbiasa dengan social network dan ramai kawan di talian. Bila terputus hubungan, rasa haru dan tersisih juga. Haha.

Lucky ada Google Reader yang membolehkan aku membaca blog yang di-block, terutamanya dari wordpress. Hairan dan rasa bernasib baik jugalah blogspot tidak di-block. Tapi ada certain blog berdomain blogspot hanya dapat baca saja, tak dapat nak komen – sebab guna komen style baru. Macam blog Cida. Haha.

Sebab tu, aku baca blog thru Google Reader saja. Rasa ralat juga sebab tak dapat tinggalkan komen pada blog-blog pujaan hati seperti blog Ika, Nett, Cida dan Newrin. T_T

FB – memang tak dapat masuk langsung. Hehe. πŸ™‚

Bagus jugalah tak melayan benda-benda lagha time office hour. Sebab di office baru ni, boleh dikatakan sangat occupied dengan kerja. Buat kerja dengan tekun sekali. Actually, tak adalah tekun sangat. Sebabkan new environment, banyak benda aku kena catch up dan belajar dengan pantas. Fuh! Bulan ni sampai Mac, ada 3 sistem aku kena belajar dengan detail sebab nak provide training kepada pengguna. Fer. Baru masuk kerja dah kena bagi training. Lepas tu, rasanya dalam bulan Mac juga kena mengajar Office Automation pada staf. Harap-harap diorang boleh fahamlah aku mengajar nanti. Haha.

Pergi kerja, keluar rumah dalam pukul 7, 7:05 pagi setiap hari. Kalau lewat sikit, jammed teruk. Biasalah. Office kat tengah bandar. Dulu lain la. Office kat Putrajaya. Itupun bercinta mengharung jammed kat MRR2 setiap hari. Jadi, tak adalah rasa macam perkara baru sebab benda ni aku dah biasa. Cuma lokasi saja berbeza.

Petang balik kerja pukul 5 petang. Sampai rumah pukul 6 – di mana Alam menunggu kepulangan mama di pintu pagar. Demi melihat Alam, seluruh penat hilang. Pukul 9 malam dah nak tidur. Heret mama tidur sekali. Memang aku sekarang dah out-dated dengan cerita, berita di TV. Ana Rafali menang AJL pun aku tahu dari status twitter. Haha. Nampak sangat tak tengok TV.

Bila dikejutkan Azlie selepas balik kerja dengan senyuman, dengan usapan di kepala dan kucupan. Penuh hati dengan cinta. Walaupun tak dapat internet, tengok tv, layan facebook atau bertwit, tak rasa rugi kerana kini aku disamping Azlie – serta Alam juga. Blessed!

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

3 thoughts on “Catching Up”

  1. all the best babe, its good jugak tukar angin to new place, kalau stuck in old place for so long pun xbagus, xder challenge πŸ™‚
    plus i’m sure ur momentum are high now since now you are “one happy family at home”

    Like

  2. newrin : alhamdulillah. thanx babe. tmpt baru is equal to new experience, new challenge, new friends. i like!

    sgt bersemangat ni. hehehe.

    ayob : tgh2 bandar. depan selat tebrau. hospital beb. hahaha. mmg totally new environment utk aku. haha.

    tukar la. dah tepu otak tu. kena tgk benda baru baru semangat! πŸ˜‰

    Like

Comments are closed.