Baru Tumbuh Gigi

Sejak ada satu Jumaat, aku kena kerja malam , Alam macam tak boleh hilang kelibat aku. Kalau nampak aku, kemudian aku hilang ke bilik ke, bilik air ke, dia mesti menangis. Haih. Bukan tak seronok anak mahu berdamping dengan kita saja. Tapi, tak jadi satu kerja dibuatnya. Haha. Alam. Alam. Sabar sajalah.

Minggu lepas aku discover kenapa Alam asyik cranky dan nak melekat aje. Rupanya nak tumbuh gigi. Sebatang. Itupun rasa the top of it. Baru nak keluar. Sekarang ni, ralit nak gigit jari mama dia, stokin dia, kaki dia, jari papa dan semua benda. Haha. Budak ni kuat juga. Badan dia dedar, hangat-hangat, tapi tak demam. Alhamdulillah. Tapi itulah, mengada macam orang demam. Haha. Tak baik mama cakap Alam mengada. Haha.

Ni ada di KL dah 4 hari. Manja sungguh dengan atuk dia. Kalau nampak atuk, mesti hulur tangan minta ambil.Β  Atuk dia pun manjakan. Haha. Dalam walker bukan main laju. Paling suka tengok orang main bola. Bukan main gelak lagi. Mentang-mentang lahir waktu World Cup. Haha.

Kat KL tak pergi mana-mana pun. Panas la KL ni. Haha.

Alhamdulillah kenduri kesyukuran dan majlis potong jambul Alam (yang tak berapa ada rambut), dan Aziq (anak kak long) berjalan lancar. Ramai orang datang. Alhamdulillah. Asalkan niat nak buat kenduri dan beri orang makan sampai. πŸ™‚

Petang ni nak balik JB semula. Harap-harap tak jammed. πŸ™‚

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.