Yeay!

A ha! Dapat juga cari jalan untuk upload blog. Selama ini tak boleh nak post entri di office sebab kena block. Ngehehe. πŸ˜‰ Sebab kadang-kadang idea nak update blog ni banyak datang masa office hour. Haha. Ada saja la alasan kau, amyz~ Haha.

Yeay! Suka!

Ada satu dua perkara yang berlegar-legar dalam fikiran aku. Belum dapat nak digest lagi. Bila dah dapat olah ayat, aku update.

Semalam cuti sebab sengaja nak cuti. Hehe. Sebenarnya penat balik dari KL. Jammed. Biasalah tamat cuti sekolah, orang pun berpusu-pusu lah balik ke tempat masing-masing. Kami tak terkecuali, walaupun kami tak ada anak yang cuti sekolah. :-p

Jadi, ambil kesempatan di waktu petang, keluar dengan Azlie sebab nak melawat kawan Azlie di hospital. Sekarang ada polisi tak boleh bawa budak bawah 12 tahun melawat di wad. Jadi, Alam tinggal sama nenek. Rasa macam waktu berdating pula. Ewah! Siap ajak Azlie pergi tengok wayang. Tapi Azlie tak nak. Tak sampai hati tinggal anak lama-lama la tu. Ihiks. πŸ˜‰

Okela tak dapat tengok wayang. Singgah Tesco dengan tujuan utama nak beli wet tissue saja. Jangan percaya lah kami hanya beli wet tissue saja. Mesti terbeli barang-barang yang lain juga. Haha. Lalala..

Bila balik, Pak Long Alam bawa Alam keluar pergi Puteri Mart. Ceh. Tak kisah rupanya kalau mama dengan papa tak bawa jalan. Ada orang lain boleh bawa berjalan rupanya. Suka betul dia. Siap sombong dengan mama lagi bila mama nak ambil dia. :-p Sabar sajalah. Kecik-kecik dah pandai drama. Haih. Kenapa la ikut perangai mama ni, Alam? Hadoi~

Tak sabar nak tunggu next week, dan 12 Mac nanti. πŸ˜‰

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

4 thoughts on “Yeay!”

Comments are closed.