alam

Oh Alam~

Hai~ Saya dah 8 bulan sekarang. Semalam genap 8 bulan. Hari ni 8 bulan 1 hari. Semalam, mama dan papa bawa saya keluar – walaupun sebenarnya saya mengantuk. Sebab nak keluar jalan punya pasal, saya tahankan mata. Tapi dalam kereta, saya tertidur juga sebab mama kasi susu. Sedar-sedar, kereta papa dah parking dah. Rasanya kat Jusco Bukit Indah. Dengar tadi mama cakap nak pergi sini. Saya tak dengar sangat apa mama papa berborak sebab saya nak gigit gear knob, dan pegang steering. Tapi mama tak kasi pula. Grrr..

Bila saya dah sedar tu, papa pun keluarkan stroller dan letak saya dalam tu. Mama pakai kan topi sebab cuaca panas dan nak tutup kepala yang tak ada rambut tu. Papa tolak stroller bawa saya round-round dalam Jusco Bukit Indah. Seronok tengok orang lalu lalang. Tapi, saya tak suka kalau stroller berhenti. Kalau berhenti saya akan menjerit marah. Sambil jalan-jalan tu, saya pun menyanyi-nyanyi.

Mama dan papa makan di Johny’s. Sebelum mama dan papa makan, mama suapkan saya biskut campur epal. Saya nak main pinggan, piring, mangkuk atas meja tu, tapi mama tak kasi. Saya pun mengamuk. Mama bawa jalan. Papa makan seorang. Lepas tu, mama makan, papa bawa saya jalan. Hehe. Tak kasi chance mama dan papa mentik-mentik. Haha.

Masa round-round tu, mama ambil gambar saya. Saya suka senyum masa ambil gambar. Tapi bila saya nak capai camera, mama tak kasi. Kedekut la mama ni.

Lepas habis makan, mama dan papa bawa pusing-pusing dalam Jusco lagi. Mama beli donut Big Apple. Lepas tu, kami terus balik sebab saya dah mengantuk sangat ni.

Tapi singgah pasar Smart sebab nak beli ikan pula. Hish. Benci betul tidur terganggu nih. Nasib baik saya suka duduk dalam stroller dan berjalan-jalan. Kalau tidak, saya jerit kuat-kuat.

Sebab penat sangat, malam tadi saya asyik terjaga, menangis. Saya penat sangat sampai susah nak tidur. Saya nak tidur, tapi tak dapat. Tu sebab saya menangis. Huhu. T_T

Itulah kisah saya yang genap 8 bulan semalam~ Ho yeahh..

Advertisements

6 thoughts on “Oh Alam~”

  1. Alammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!!! Nanti datang sg behave tauuuuuuuuuuu!!! Senyum cairkan semua pompuan2 macam ni ya!!!!!! kalau nak nangis2 wait till you get home ha ha ha ha!

    Like

  2. hahahaha~ bagus tau alam nie, behave dok diam2 dalam stroller..senang papa mama dia… 🙂

    fathul dah tak nak duduk dah, dia dok nak capai tayar kat bawah. dah banyak kali nak jatuh. Pening tau auntie effa nie.

    skrg dia dah stok duduk dalam troli besi jusco yang sejuk tu. sengih2 seronok. aih, makan pulak jerit2. dapat makan fries, siap pegang tinggi2 mcm thundercat dapat pedang. huhuhu.

    Like

  3. auntie ika : saya sgt behave kalau ada orang dukung dan bawa saya berjalan. saya suka org agah-agah saya – boleh tergelak-gelak saya. tapi kalau stranger dukung saya, saya menangis tauu. tauu..

    Like

  4. auntie effa : fuh aktif sungguh fathul. haha. saya tak pandai makan fries lagi. gigi belum ada daaa… nanti kalo dah pandai makan fries, saya pon nak tiru macam fathul jugaklaa.. hahaha.

    Like

Comments are closed.