alam

Dia Suka..


Dalam troli Tesco

Benda pelik-pelik. Suka sampai gelak-gelak kalau masa dukung tu, terbalik-balikkan dia. Timang tinggi pun dia suka. Nak jatuhkan dia lagi dia suka.. Kalau kat pangku, suka mendongak ke belakang. Lagi nak jatuh, lagi suka. Amboi! Tak berapa hairan dengan toys yang bersepah tu. Handphone mama, hanger, remote control juga yang dia suka main. Sekarang suka main wayar. Pantang nampak wayar, terus laju-laju dengan muka excited nak capai. Kalau tak dapat, mengamuk ok. Adoi la.

Budak ni bukan penggeli. Orang geletek perut, tak gelak pun. Paling kuat, dia sengih je. Kalau duduk dalam kereta, nak main gear dengan steering. Wah! Wah! Tak apa Alam. Biar papa seorang aje yang drive ok?

Laptop mama juga yang best ditepuk-tepuk.. Kalau rosak, macam mana mama nak update blog? T_T


Saya pun nak main facebook juga, mama!

Ni test duduk dalam car seat. Nampak macam ok. Ada chance ni. Haha. (Chance berjalan-jalan~ Haha.)


Saya suka, mama!!

Sekarang kalau tak dapat apa yang dia nak. Boleh mendatangkan kemarahan. Jerit sambil tendang-tendang mama yang tengah dukung dia. Kalau mood baik, senyum, gelak, tegur-tegur orang, menyanyi. Kadang-kadang dia tiba-tiba gelak, tak tau apa benda yang dia gelak. Aku gelak pun boleh jadi sebab dia gelak. Kalau mood meradang, kita bergurau pun buat dia marah. Haih!


Wuhuuu!!

Haih! Alam~ Alam~ Nasib baik baru seorang. Kahkah. 🙂

Advertisements

2 thoughts on “Dia Suka..”

Comments are closed.