alam, amyz story, bff, family

Cuti Lama

Bila cuti lama, blog pun lama la tak update. Tak pergi jauh pun. Bukan ke luar negara macam Darwina (nada jeles.. Haha~ Gurau saja. ). Kami – aku, Azlie dan Alam bercuti di Kota Kinabalu, bersama 2 family lain lagi  (kawan-kawan Azlie) serta Cik Teh (adik aku). 5 hari di sana dari 19hb sehingga 23hb. Fuh. Puas juga tour KK. Kalau banyak masa, memang nak pergi sampai ke Mabul. Ewah~ Mungkin lain masa dan tunggu Alam besar sikit. Barulah best nak snorkeling dan berendam kat laut lama-lama. 😉

Ni budak yang first time naik kapal terbang. Eh. First time ke? Masa dalam perut dulu ada gak 2-3 kali naik kapal terbang. Haha. Mana kira kalau dalam perut. Masa pregnant dulu naik kapal terbang, adoiyai budak ni punya menendang. Senak-senak perut aku. Haha.

Nak cerita masa kat KK macam panjang sangat pula. Tau-tau la aku ni kalau karang entri bercerita, berjela-jela. Pening pula orang nak baca. Haha. Eh, sekarang ni bukan trend tulis entri pendek-pendek ke? Satu perenggan, satu baris. Haha. No. No. Aku tak sekeji itu. Terasa ke Kak Nett? Haha. :-p

Disebabkan anak kawan Azlie yang tak berapa sihat, jadi kami pun tak dapat nak pergi jauh-jauh sangat. Yang penting dapat pergi Kinabalu Park dan Poring Hot Spring. Memang terbaiklah! Kalau dapat tidur semalam kat sana lagi best. 🙂

Ni masa di Kinabalu Park. Sepanjang kat sana, aku bawa ring sling ni untuk mendukung Alam. Kalau stroller boleh disewa, memang letak dalam stroller sajalah budak ni. Hu.. Siapa larat nak mendukung budak? Itu pun bertukar-tukar dukung dia dengan Azlie. Tak larat makcik. At least, adanya ring-sling ni bolehlah membantu aku dukung dia dengan mudah. Bagus kan? Hihi.

Alhamdulillah, sepanjang masa kat sana, Alam sangat baik. Tak mengaruk sangat – kecuali masa nak tidur malam. Kami menginap di sebuah homestay dekat area Hospital Queen Elizabeth yang dekat dengan bandar. Senang makcik-makcik nak ber-shopping. Aku tak ada nak shopping sangat sebab niat utama nak pergi berjalan. Kalau shopping, kat mana-mana, kat internet sekali pun boleh shopping. Adalah juga beli fridge magnet untuk kawan-kawan office sebab diorang tau aku nak bercuti kat KK. Kalau tak bagi, tak sedap pula kan? 😉

Lain tempat kami pergi seperti Tanjung Aru, Lok Kawi dan Green Connection. Semua tempat tu best. Cuma terkilan  juga tak dapat pergi Pulau Manukan kerana cuaca tidak mengizinkan. Sedih sikit. Sebab memang aku nak sangat pergi situ. Huhu. T_T Lain kali sajalah.

Ni masa kat Lok Kawi. Sangat best! Alam sangat suka tengok semua haiwan kat situ, walaupun dia macam tak mengerti lagi. Sebenarnya dia belajar juga tu. Setiap haiwan yang aku tunjuk, dia perhati penuh minat. Seronok aku bila tengok Alam enjoy kat situ.

Masa di Green Connection lagi best. Macam Underwater World Langkawi juga. Cuma versi kecil. Hihi. Aku seronok sangat bila Alam tengok ikan-ikan berenang, penyu dengan penuh minat. Dia perhati sungguh-sungguh. Tak berkelip mata. Kagum pula aku tengok. Aku try beri dia pegang ular~ Selamba je muka dia. Ala. Budak tu kecik lagi, tak pandai lagi. Kalau dia besar sikit, mesti dia menjerit kalau ada ular depan mata. Haha.

Anyway, paling penting – kami semua berseronok dan bercuti dengan bestnya. 😉

Haih. Penat juga pergi bercuti ni tau. 🙂

Advertisements

8 thoughts on “Cuti Lama”

  1. ala kan pasni kita nak pi singsing? pi luar negara gak tu 😀

    alammmmmm comel gilaa!!! tombam!! rasa nak gigittttttttttttttt!!

    Like

  2. aku mahu pergi KK sebenarnya 😦
    *terkilan*

    anywayssssss, alam nampak makin bam bam!!!! lagi sedap untuk dicubit2 wooohoo!!!!

    Like

  3. darwina : hahaha. baiklahhh! tak sabar nak pegi singsing.. lagi 2 mggu! dan dpt jumpa awak jugak.. yeayyyy sgt!!

    ayob : hahaha. itu la nick name aku kat sana weh. bibik. benci aku! :-p

    ika : apesal tak dpt pergi? 😦 huhuhu. kalau ada peluang, ko pergi tau!! 😉

    alam tu.. aku dengan azlie sekarang asyik gomol pipi dia sampai dia jerit2 marah. hahahaha. ibu bapa yang kejam. haha.

    Like

  4. alam, nanti dtg melaka k. kita g mandi waterworld alor gajah, g zoo melaka, g naik taming sari.

    tp kena bawak stroller k. sakit pinggang ooo dokong. ahahaha

    Like

  5. effa : hahahah. stroller mmg wajib. sbb naik kapal terbang tak berani nak bawak stroller. takpe. pegi melaka bleh bawak stroller. hahaha. nanti kita plan vacation gi melaka. mesti best. mak2 sibuk bercerita, anak2 juga dapat bergembira. bapa2 boleh tolong jagakan. hahaha.

    Like

  6. ahsuez : wah siap hire tour guide. bagus tu. tapi kk mmg best. dan akan datang semula. nak pergi manukan island~ haha.

    Like

Comments are closed.