Tumbuh Gigi

Budak kentang baru tumbuh 3 batang gigi. 2 di bawah. 1 di atas. 2 hari lepas, demam. Aku pun cuti 2 hari. Tapi bila pergi klinik, doktor kata, nafas dia berbunyi-bunyi. Alam pun kena batuk dan selsema juga. Nafas bunyi-bunyi ni, doktor cakap, takut ada athma. Jadi pantau dulu 2-3 hari ni, kalau batuk dia macam batuk orang tua, kena pergi klinik lagi. Aku pun risau juga, takut-takut kena Pneumonia. Minta-minta dijauhkan. Jadi, untuk beberapa hari ini, kami pantau hal itu. Kalau dalam 3 hari ni, Alam masih demam dan batuk-batuk tak kurang, kami bawa dia ke klinik lagi. Harap-harap tak ada apa-apa la. T_T

Nasib baiklah dia suka gigit benda-benda lain dan tidak mengigit sewaktu menyusu. Wuuwuu. Hehe. So far kena gigit sikit-sikit yang manja-manja gitu. Tak sakit sangatlah sehingga menjerit yang satu rumah boleh dengar. Drama la tu. Haha. :-p

Baru kebah demam hari ni. Meragam je 2-3 hari ni. Panas badan dia on off. Time dia tak larat tu, menangis je. Yang tak berapa enaknya, suhu badan dia naik waktu malam. Memang kesian sangatla. Dia mengantuk nak tidur, tapi tak dapat tidur sebab sakit demam. Batuk-batuk. Aku rasa nak menangis sekali pun iya juga. 2 malam tidur dia asyik terganggu. Malam tadi baru ok. Sekali dua saja, bangun menangis. Lepas bagi susu, Alam ok dan tidur semula. Sebab nampak dia ok, barulah tenang sikit hati aku nak pergi kerja. Haih. Anak demam kan~ Kenalah beri extra perhatian sikit. πŸ™‚ Biarlah dia nak bermanja-manja dengan mama dia. Hehe.

Tapi bila rasa sihat sikit je, aktif bermain. Meniarap sana-sini. Kejar bola la. Baling mainan la. Sepah-sepah rumah nenek. Hehe. Tak apa. Tu semua sebahagian dari proses pembelajaran. Bak kata iklan MILO, “Pergilah bermain~” Ewah~ Bengong je. Haha.

Harap cepat sihat ye, sayang~ Mama dan papa sayang Alam. πŸ™‚

 

 

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.