amyz story, tulis, umum

My Messy Mind Keep On Talking

1. Alhamdulillah, Alam sudah baik dari demam. Dah tak panas lagi. Rupanya nak kena campak halus-halus. Habis satu badan berbintik-bintik. Kasihan sungguh la. Tapi Ahad semalam, Alam dah ok, tapi agak cranky dan suka melekat kat mama dia. Ohhh.. Alam dah 9 bulan semalam. Wuhuu!!

2. Minta maaf sangat pada Ika sebab tak dapat hadir weddingnya, Sabtu lepas. Alam demam. Cuaca pula tak menentu. Takut nak bawa Alam jalan jauh. Sudahnya memang hujung minggu duduk di rumah saja. Ralat sikit la tak dapat datang the wedding of the year. Huhu.

3. Jumaat lepas dapat berita yang Boss aku nak minta tukar ke KL. Dengar cerita, dia tension kerja kat sini. Banyak tekanan. Aku rasa terkilan juga sebab dia macam buat keputusan terburu-buru sedikit. Tak tahula kenapa. Tiada alasan yang benar-benar kukuh. Aku harap dia tak tension dapat staff lembab macam aku. Kasihan dia pikul semua tekanan dari orang atasan, pulak tu dapat staff lembab macam aku. Lagilah tension. T_T

Bukan lembab apa pun. Cuma kalau minta report hari ni, minggu depan baru siap. Haha. Tak adalah. Saja exaggerate. Kalau report tu, insya Allah dapat siapkan pada deadline yang diberikan. 🙂

Tak apalah. Kalau boss nak bertukar, siapalah aku nak halang. Kan? T_T

4. Alam banyak mengajar aku erti sabar. Dalam doa, aku selalu memohon dikurniakan banyak kesabaran sewaktu membesarkan Alam. Dan Alam selalu uji tahap kesabaran aku. Kadang kala, aku tak termampu untuk bersabar. Aku rasa insaf tiap kali aku hilang sabar dan tidak menghiraukan Alam meragam. Aku menyesal sebab aku hilang sabar sewaktu melayan kerenah dia. Kan aku dipertanggungjawabkan untuk membesarkan Alam? Kenalah banyak bersabar! Bad mother I am!

Terima kasih pada Azlie sebab sangat-sangat sabar dengan ketidaksabaran aku. Azlie selalu cakap baik-baik, minta aku bersabar, dan pujuk Alam baik-baik. Mudah-mudahan aku lebih bersabar lepas-lepas ni.

5. Jumaat lepas juga, dikejutkan berita bencana gempa bumi dan tsunami di Jepun. Tengok berita di TV dan gambar-gambar di internet, sedih tengok terutama part anak hilang mak, mak hilang anak. Semoga mereka tabah.

Newrin tulis di entrinya tentang hal ini. I strongly agree betapa bagusnya attitude dan mindset orang Jepun. Respect bagaimana diorang menangani bencana itu dengan baik, respect each other, tak timbulkan kekecohan. Siap beratur untuk dapatkan barang bantuan, seperti dalam gambar di bawah. Bagus kan diorang? Compare la attitude diorang dengan kita macam mana. Sedih oke.

6. Abang ipar dapat iPhone 4 secara percuma. Jeles! Haha.

7. iPad2 macam cool gila. Argh!! (Terus rasa nak iPad2 lebih dari henpon baru. Kahkah.)

8. Anak pemilik blog ini yang bernama Aiyu sangat-sangat comel. Blog tersebut juga sempoi je~ Respect! Suka sangat baca blog ini. (promo percuma~ haha!)

9. Seronok bekerja sekiranya kita melakukan perkara yang kita suka. 🙂 Kita akan buat kerja dengan ikhlas, dan insya Allah, gaji yang kita dapat tu berkat.

10. Suka kerja kat sini sebab setiap Jumaat dapat pergi Angsana, Kotaraya, CitySquare dan ulang 3 tempat itu secara rawak. Haha. Terapi emosi, kononnya. Selalunya shopping lah. Apa lagi? Selain makan-makan. 🙂

Ok. Tahu tak Air XYZ tu air apa?

.

.

.

.

Iaitu ABC versi cair dipanggil XYZ. Jumpa di Kotaraya, JB. Baru tahu hari tu. Kawan yang introduce. Sedap. Tapi manis amat la. Hahaha.

Kawan aku cakap, ABC tu ais, bila sampai XYZ dah cair la. Haha.

Ada-ada aje kan?

Advertisements

9 thoughts on “My Messy Mind Keep On Talking”

  1. 1, Semoga Alam cepat baik dr campak … dah cucuk campak lom? Kalau kat Mesia cucuk campak umur setahun kalau tak salah … kat sini, bb kena cucuk campak 2 kali … 1kali nanti masa 9bn, satu kali lg masa umur dia 1thn 3bln.

    2. Mmg kesian tgk tsunami kat Jepun, betapa besar kuasa Allah kan …. akak xleh byg camne lajunya air laut yg berkelajuan 1000km/j tu. Tp rakyat Jepun dah terbiasa dgn gempa , sbb tu agaknya dorg tak heran n dah tau apa yg patut dibuat …. cuma maybe trauma dgn tsunami la kot sbb xsangka.

    3. Angsana? Ohhh lama sungguh dah akak tak dgr nama shopping complex tu n tempat dating dulu2 tu masa belajar … hehehehehe

    Like

  2. kak dayah : belum cucuk campak lagi. belum setahun. nanti amy check dengan doktor. skrg kat jb, jumpa pead je~

    hrp2 keluarga angkat abg rudy selamat kat sana.

    Ohh.. tmpt deting ek.. ekeke..

    Like

  3. Ami, kawan aku sorang engineer kat Jepun. Dia tulis kat FB dia, lepas gempa tu, dgn dinding ofis retak semua, dgn balckoutnya, satu ofis dia lepak je dlm ofis sambung keja. Just that beg masing2 atas riba just in case getting worse.

    Like

  4. Sooyaree : batuk2 ke? haha. org kata kalo nama kena sebut2, panjang umur. amin~ haha.

    Alam dah sembuh dan aktif. yeay!! haha.

    Syida : best kan mentaliti org2 jepun. tu sebab org yg penah stay kat sana, tak mau balik sini.

    aku teringat kat Pipet. dia kalau makan kat McD, lepas makan, dia buang semua sampah dlm tong sampah then letak tray kat tempat tray. bagus kan?

    lepas tu dia terkejut bila orang lain tinggal je sampah macam tu. hahaha. sweet sgt!

    Like

  5. 4. raising a kid is very challenging, kadang2 terkena diri sendiri bila anak ckp benda yg sama kita ckp, like u looking at mirro image or urself..tgu alam dh blh ckp haha pening u
    tp bagus la kita realise so we will try to ensure we r alert n try to be a good mum, dr org yg xsedar2 tahu2 jd out of control
    insya Allah, all the best to us

    5.on 2nd note, mindset and attitude diorg mmg bgus tp sayang most of them are free thinker..tp sedihnya kita yg claim muslim country ni didn’t reflect like a muslim country

    Like

  6. newrin : insya Allah. mudah-mudahan kita dpt jadi ibu bapa yg baik utk anak2 kita. 🙂

    on that point, hehe.. i couldn’t agree more.. and i don’t even understand why.. T_T

    Like

Comments are closed.