Lamanya..

Dah seminggu tak update. Sebab merajuk dengan line office yang block twitter, boleh? Kalau FB, aku tak kisah sangat. Kalau twitter, rasa macam, oh gulap nya donia ku. Drama je lebih. :-p

Twitter ni, macam tempat luahan pendapat dan satu bentuk komunikasi dengan kawan-kawan. Bila share whatever we thought that time, kawan-kawan pun reply and share what their think about it. Vice-versa. Lebih seronok bertwit sebab rasa lebih close. FB, macam kureng sikit la. Hehe. FB, aku lebih suka komen dan like status kawan-kawan saja. Nak update status macam slow sikit.

Tak apalah. Kat rumah bukan tak boleh surfing pun. Boleh saja. Tapi sebab aktiviti malam selalunya adalah kerja-kerja tertidur bersama Alam, maka, aktiviti lain tidak dapat dilaksanakan. Haha. Alam akan ajak tidur pukul 9pm. Azlie balik rumah pukul 10++pm, kejutkan aku. Then barulah aku makan malam, sidai cloth diaper Alam. Azlie tolong basuhkan botol susu dan pump part.

Alam, waktu siang memang tak berapa nak tidur. Main, makan, ajak orang keluar rumah, main lagi, makan lagi, ajak orang keluar, nak berdukung, kemas dapur, kemas baju dia, kemas mainan dia. Hobi sekarang dah pandai kutip-kutip benda, masuk dalam mulut. Hobi lain, koyak-koyak tisu dan kertas. Hari tu dia jumpa plastik. Nak koyak. Tak dapat Jack, marah sampai jerit-jerit. Sabar sajalah. -_-“

Yang geramnya, bila bawa keluar, senang pula dia tidur siang-siang. Orang nak berjalan, time tu la nak tidur. Cuba duduk kat rumah. Susah betul nak suruh tidur. Kalau berjalan, time dah nak sampai tu la, dia bantai tidur. Geram ok!

Dua minggu lepas yang kununnya dipenuhi dengan aktiviti tu. Memang pergi banyak tempat. Plaza Pelangi, singgah Cold Storage sebab banyak pilihan untuk makanan baby. Beli biskut dan terbeli groceries yang lain. Biasala tu. Kalau tak terbeli, bukan Amyz nama dia. Then, pergi FabulousMom JB. Kemudian singgah Sutera Mall untuk makan.

Surprisingly, Alam memang sukar duduk lama-lama satu tempat. Di SecretΒ Recipe Sutera Mall tu, dia duduk dalam high chair tu elok tak mengamuk minta diangkat. Dia main menu, koyak tisu sambil makan fries. Hihi. Seronok tengok. πŸ™‚

Lepas tu, kami singgah KSL, konon nak check out tempat baru. Hehe. Ok-ok saja. Tak adalah best sangat pun. Nama pun mall, dah tentu banyak kedai. Haha. Apa best? Biasa. Macam City Square je lebih kurang. Jusco lagi best ku rasa. Haha.

Weekend baru ni, kami balik KL. Bawa Alam jumpa mak dan ayah. Sebab 2 minggu lepas, aku telefon mak, mak cakap dah rindu kat Alam. Bila bagitau Azlie, Azlie ajak balik last week. Tapi last week, habis cuti sekolah. Takut jalan jammed. Jadi, kami balik hujung minggu lepas ni. πŸ™‚

Azlie sempat singgah Low Yat dan belikan sandwich Subway! Mabeles sangat! Haha. Lepas gian. Tak ke mana-mana. Duduk di rumah, tengok ayah dan mak, adik-adik melayan Alam. Mengada budak tu. Semua orang mengadap dia.

Hari ni bila di office, Azlie report, Alam kat rumah asyik nak berdukung je. Kan. Aku dah agak dah. Haih. Alam.. Alam.. Manja sangat!

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

2 thoughts on “Lamanya..”

Comments are closed.