Hati Pecah-Pecah.

Kerja di sini memerlukan kesabaran yang tinggi, di samping semangat yang kuat. Betul. Kena kuat semangat. Satunya sebab unit ada 9 orang untuk tampung keperluan ITC bagi 3k kakitangan yang lain. Lain sebab, bila di hospital, kau akan berdepan dengan khabar-khabar gembira dan duka sepanjang masa. Dan kebanyakannya kau akan berdepan dengan kedukaan. Setiap hari.

Aku, orang yang penuh emosi. Hati cepat pecah-pecah. Tengok Grey’s Anatomy pun boleh meleleh-leleh air mata. Itu drama. Bukan real pun. Tapi di hospital ini, hari-hari tengok kepedihan, kesakitan.

Setiap hari berdepan dengan orang dalam usungan yang ditolak ke sana sini. Sentiasa berusaha untuk membantu pesakit pulih dari kesakitan, dari penyakit. Hanya dapat doakan semoga cepat sembuh. 😦

Di sini, perlukan orang yang heartless. Orang yang kuat semangat. Bukan orang yang cengeng macam aku.

Tengok budak menangis, hati dah sebak-sebak. Tengok pakcik makcik duduk sayu di kerusi roda pun dah teringat kat mak ayah. Kalau mak ayah sakit, tabahkah aku hadapi?

Ada satu hari tu, terserempak dengan satu keluarga. Si ayah memeluk erat bayi yang usianya baru mencecah 3 bulan. Nenek dia tegur aku untuk tanya direction. Sempat memberitahu bayi tersebut ada sakit jantung. Pecah hati aku dengar. Bagaimana mereka kuat hadapi dugaan itu?

Sedih. Heartbreak. Macam ada seribu jarum halus, mencucuk-cucuk di dada kau. Haih~

Aku ni tak kuat. Alam baru demam dan menangis tak henti-henti pun boleh buat aku nak menangis sekali. Haih. Macam mana lah ek?

On the other thought, di tempat yang sama ini, kematian dan kehidupan sentiasa bertemu. Dan aku masih take everything for granted, as in I will live forever. 😦

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

9 thoughts on “Hati Pecah-Pecah.”

  1. aku yang boleh dikatakan hati beku at times pun tak sanggup kerja kat hospital beb. budak2lah selalu trigger aku punya airmata. so nilah sebab kenapa aku bukan director hospital HAHAHAHA

    Like

  2. ika : wuuu. kalo tgk budak2 berbalut2 tangan mmg buat aku nak nangis. belum lagi heartbreak tgk diorang menangis. huhuhu..

    Like

  3. i guess sebab it’s govt hospital lg la the feeling lg sayuuu woo
    sebab kurang skit perasaan tu bila pegi private sbb diorg pandai sorok haha

    Like

  4. newrin : private hosp mmg jaga patient. patient pun duduk dlm bilik masing2. hehe. so, takde la nampak sgt penderitaan org lain. hehe.

    daun : aku pong!! tapi dah dpt keje kat sini. Hahaha.

    Like

  5. nampaknya kita gunakan alasan yang sama untuk tidak jadi doktor. πŸ˜›

    aku paling tak boleh nak sampaikan khabar kematian kepada kaum keluarga kalau jadi doktor..pergghhh!.

    Like

Comments are closed.