alam, amyz story, shopping

Beli Belah Sampai Terjatuh.

Terjatuh ke? Tak adalah. Cuma dah lama tak berbelanja seperti bulan ini. Selalunya tak ada la bershopping sebegini dasat. Ferr.. Tak apa. Sekali sekala. Asalkan tidak melanggar peruntukan bajet yang disediakan, serta bil dan ansuran bulanan telah diselesaikan. Eceh~

Memang dah lama usha-usha baju baru untuk Alam. Nak belikan baju sleeveless. Juga sepasang baju dan jeans untuk dipakai waktu berjalan. 😉 Mula-mula, kita gunakan kemudahan Google untuk cari baju. Dan seterusnya ia akan membawa kita ke alam membeli belah dalam talian dengan hebatnya. Link by link, I’ve clicked. Sorga~

Tanpa perlu ke pusat membeli belah. Tanpa jalan-jalan membuang peluh dan lemak. Window shopping di talian rupanya lebih merbahaya dari di shopping mall, tau! Dimudahkan dengan perbankan online. Lagi la. Tak perlu withdraw duit pun. Hanya satu klik. Tipu lah! Banyak-banyak klik sebab klik next, next, masukkan TAC, next, baru confirm dan settle. Ceh sangat! Pfftt.

Hasilnya:

 

Dua romper ini dibeli dari Manjakuhappy. Boleh tahan murah. 😉 Selain tu, antara blog shopping baju baby yang lain yang ku suka adalah, BrandedBaby dan O-Shoppe. Banyak baju baby yang cantik. Blog yang lain pun ada baju-baju yang cantik. Tapi banyak sangat~ Mata jadi rambang. Merbahaya kepada isi poket. :-p

Trigger kepada pembelian baju secara online ni disebabkan sedang mencari automatic rocker. Waktu siang, kejab sangat Alam tidur. Setengah jam, sejam. Kesian pada mak Azlie yang kadang-kadang tak sempat nak masak sebab Alam dah jaga dan nak melekat. Mula-mula dulu, tak mahu la beli rocker ni. Sebab nak biasakan dia tidur dalam buaian tanpa dienjut. Tapi, budak ni kalau tak dienjut senang terjaga. Terpaksa juga membelinya. Huhu~

Aku suka beli online juga sebab adakala harga barang yang ditawarkan lebih murah dari beli di kedai biasa. Macam automatic rocker ni. Kalau di luar, harganya RM200++. Di kedai ini,  harganya RM179. Tapi cukupkan juga lah RM200 sebab purchase RM200 and above dapat free delivery. Kihkih. Sama je beli kat luar kan? Kahkah.

Lepas tu, berjangkit shopping benda lain lagi di One Baby World pula. Kebetulan diorang tengah buat sales. Hadoilah. Parah sungguh penyakit. Haha. Belikan Thudguard untuk Alam. Hari tu, Alam baru je terhantuk kat meja depan. Jadi kekonon nak lindungkan kepala dia dari terhantuk la. Tapi bila pakaikan aje, dia punya memberontak. Macam kena cubit ko~ Hahaha. Di situ juga beli beberapa keperluan seorang ibu yang menyusukan anak di bahagian Nursing Intimate. Ahaha~

Tapi saya tak suka pakai!!!!  *berusaha nak cabut thudguard tersebut. -_-” *

Selain dari tu, aku beli The First Year Finger Brush untuk gosok gigi Alam yang dah nak banyak. Kat bawah dah ada 2 batang. Kat atas pun dah ada 2 batang. Lagi 2 batang gigi macam nak keluar juga di atas tu. Kerjanya asyik nak gigit semua bucu meja, kerusi, kotak, katil dan kaki orang. Hari tu, entah apa dia geram kan, dia gigit bahu aku. Sabar aje la.

Harap gigi Alam lebih bersih yach!!

Yang paling excited, tiba-tiba pula di The Click Shop ada pula Polaroid camera! Dulu, waktu aku survey Polaroid camera di situ, yang cantik kebanyakannya telah sold out. Weeee!! Terus beli tanpa fikir apa-apa, sebab takut sold out lagi. Ahaha. Yeay sangat! 😉

Shake it like a Polaroid picture!

Konon la lepas tu nak ambil gambar secara hebat. Haha. Tak adalah. Nak buat koleksi vintage gitu. Haha. Nanti nak ambil gambar yang betul-betul cantik dan memorable untuk di tampal di dinding rumah nanti. Nanti kita namakan dinding tu Memoirs. Haha. Kekonon je~

Hebat kau bershopping! Haih! -_-“

Sambil itu, sempat tengok-tengok Coach kat CoachLover1980 atau di SooyareeCloset. CoachLover tu ownernya kawan sekolah – Wynn. Sooyaree tu owner dia adalah penulis blog Mai Korner. 😉 Belum dapat nak beli lagi. Jadi cuci mata dengan air mata sekali, sebab tak dapat beli. T_T

Harap perangai ini tidak berulang lagi. Huhu. T_T

Advertisements

4 thoughts on “Beli Belah Sampai Terjatuh.”

  1. Sooyaree : Hehe. Seronok cuci mata di Soyaree Closet. Haha.

    Huhu. Tapi Alam pun suka buli mama dia juga.. Huhu..

    Like

Comments are closed.