alam, diary mama

My Little Angel

Nyamm.. Geget pipi dia!

Sepuluh bulan dah? Huu.. Lagi 2 bulan nak masuk setahun tau. Setahun tau! Cepatnya masa berlalu. 10 bulan ni juga, macam-macam Mama dan Papa belajar dari Alam.

Bila ada anak ni, ramai orang suka tanya, anak kau dah pandai apa, kan? 🙂 Typical. Hihi. Bagi saya, anak saya ni dah pandai macam-macam sangat! Tiap hari, ada saja akal dia baru dapat. Kalau nak cerita satu demi satu, panjang berjela ko~ Tak sanggup nak baca pula nanti. Haha.

Ok la. As emak-emak yang suka kepoh anak dia dah pandai apa kan.. Of course la nak cerita Alam dah pandai apa sekarang? Uish. Siapalah tak excited nak cerita pasal perkembangan anak? Lebih-lebih lagi anak pertama. Dah anak ke dua ke tiga esok, pepandaila budak tu survival sendiri. Huhu. Tak baek. Tak baek.

Marilah bercerita tentang budak pipi kentang yang berusia 10 bulan hari ini. Yeay!

Pening la mama ni!

1. Alam suka bangun pagi, setiap hari, without failed! Seawal pukul 5:30 pagi dan lewat-lewat pun pukul 7 pagi. Bila bangun tu, start membebel la. Panjat badan aku la. Jari-jari tembam tu suka betul nak keruk-keruk muka mak dia yang lena tidur. Haih. Siang tak tidur sangat. Tidur malam pula dalam pukul 8. Paling lewat tidur pun, 9:30 malam.

2. Belum merangkak lagi. Tapi menyusur sungguh laju. Kejab-kejab dah sampai ke dapur. Siap main kejar-kejar dengan mama lagi. Hehe. Dalam minggu ni, ada perkembangan sedikit. Dah angkat-angkat punggung macam nak merangkak. Dan suka memanjat badan, kaki mama dan panjat bantal. Ada satu kali tu, dah sampai dapur. Antara ruang tamu dan dapur, lantai dapur tu ke bawah sikit banding ruang tamu. Dia reverse, pusing, turunkan kaki dulu, turun badan, baru pusing ke depan, jalan~ Haa.. Bijak sungguh la. *Biasalah, mama dia yang perasan anak dia bijak. Hahaha.*

Tapi, dalam walker sangat laju. Siap lari-lari, lepas tu tahan satu kali, ngeenggg walker tu berpusing, berhenti. Ha. Macam Tokyo Drift gitu. Ahaha. Lepas tu, suka langgar orang. Haih! Sekarang tak berapa suka masuk dalam walker sebab nak menyusur laju-laju.

3. Sangat suka bermain dan bersosial dengan budak-budak lain. Dia suka sangat kalau ada sepupu-sepupu dia di rumah tu. Suka sampai gelak-gelak dan tak mau tidur, tak mau salin diaper, tak mau susu. Kalau sepupu-sepupu nak makan, dia pun nak join sekali. Cuba kalau aku dengan nenek saja ada di rumah, dia mula la buat perangai manja nak berdukung dan keluar rumah aje. Hadoih la~

Tengok tu, bawah exersaucer pun nak main jugak!

4. Makan. Sekarang, kalau kami kasi biskut rusk sama ada dicairkan atau pun tak, makanan bayi dalam botol tu, tak mahu lagi dah dia. Nak makan macam orang besar ok. Apa yang kami suap dalam mulut kami, itu yang dia nak makan. Ada ke hari tu nak makan nasi ayam Chicken Rice Shop? Hadoiii.. Aku ni takut kot-kot perut dia tak tahan ke, apa ke. Tapi setakat nasi tu, aku tawakal saja lah beri dia makan. Sebab bila aku bagi bubur, dia bantai melalak-lalak tak mahu bubur. Nak nasi ayam jugakkk!! Sabar sajalah~

5. Memang sangat yakin dengan khasiat susu ibu. Tambahan pula, aku consume supplement. Hari-hari dok telan 6 biji supplement, termasuk Alfafa. Jadi, aku yakin yang Alam mendapat khasiat yang cukup untuk membesar dengan baik dan cerdik. Bak kata orang sekarang, connected tots? Haha.

Bukan nak kata anak sendiri tu pandai. Tapi sebab tak ada anak orang lain untuk proses observation. Jadi, boleh bercakap tentang anak sendiri saja lah ek. Hehe.

Cerita tentang connected tots ni, waktu Ahad lepas kami keluar berjalan-jalan. Dalam kereta, aku bagi Alam makan teething biscuit yang keras tu. Eh, makan pula dia. Ingat dah boring. Agaknya makan untuk hilangkan boring kot? Haha. Dia makan dengan wajah yang selamba. Waktu berhenti di traffic light, Azlie saja kacau anak dia makan dengan tarik tangan Alam yang tengah pegang biskut tu ke dalam mulut dia. Mula-mula, Alam tarik balik tangan dia, macam tak kasi la. Dua tiga kali Azlie, tarik tangan Alam untuk masukkan biskut yang Alam pegang tu ke dalam mulut papanya. Lepas tu, Azlie tak tarik tangan Alam lagi. Azlie nganga mulut, sambil cakap “Nak sikit”. Mengagumkan aku bila Alam hulur biskut tu, masuk dalam mulut papa dia. OMG! Terkesima aku. Cium-cium Alam masa tu sambil cakap, pandainyaaaa anak mama. Rasa terharu ko~. Hahaha.

Tak kasi susu connected tots pun boleh connected tots ya.. 😉 Ahaha.

Bermain dengan penuh kesungguhan

6. Dari segi perbualan, masih menggunakan bahasa bayi dengan hebatnya. Setiap hari, dalam mood yang baik dan toy yang dia suka, dia akan main sambil membebel-bebel. Terutama masa bangun pagi, masa mandi, masa nak tidur sambil menyanyi kau. Aku zikir-zikir enjutkan dia, dia pun sambung sekali zikir tu. Ahaha. Ada sekali, tersebut mama, papa. Selalunya kalau nangis-nangis nak mintak dukung tu, mesti sebut “mammamamama..” Terus mak dia cair dan dukung dia. Haha.

7. Kegemaran dia adalah keluar rumah. Duduk luar pintu pagar, perhatikan motor kereta lalu lalang adalah aktiviti kesukaan. Kalau dapat naik stroller pusing-pusing kawasan rumah, alangkah sukanya dia.

Kalau naik kereta, dia duduk di tempat driver dan pegang steering, macam la dia bawa kereta. Kalau dalam kereta, asal kereta berhenti saja nak duduk kat situ. Tak payahla Alam, kasi papa sorang saja yang drive ye?

Lagi satu, cukup suka. Sangat suka naik motor dengan atuk. Asal atuk keluar saja, nak ikut. Macam la tiap kali keluar rumah tu, atuk nak naik motor saja? Haih.

Kuat berjalan, kata papa dia. Sama macam mama, kata papa dia lagi. Ngehehehe *buat muka tak bersalah*

Untuk 10 bulan ini, itu sajalah tentang Alam. Alam pipi kentang kesayangan mama dan papa. Membesar dengan baik, ye sayang~ Muahs!

Advertisements

4 thoughts on “My Little Angel”

  1. boring blog ni dia asyik cerita anak dia bijak, anak orang lain tak bijak ke amyz oiiiiiii

    *gelak setan*

    hahahaha geram okay!!!! pipinya tuh macam aku boleh slice2 buat bbq gituh!

    Like

Comments are closed.