bff, emosi, tulis

Entri Untuk De5lin

Sorry Sya, tak jumpa gambar dengan awak!! T_T (Klang, 2007)

Lin. Selain dari Awin dan Sya, awak la antara adik akak yang baik. I adore you.

Masa akak tulis entri ni, akak ingat balik minggu-minggu kita hang out sama-sama dengan Awin. Tak pun lepak kat OldTown berjam-jam semata-mata nak berborak dan melayan segala ke-confuse-an si Awin. Haha. Awin, walaupun confuse, I still love you. Haha.

Ingat lagi korang bagi beruang besar nama Bobo atau nickname dia Chewawa – masa akak nak sambung belajar. Sebetulnya. Akak sangat-sangat terharu. Haha. Three of you. So sweet. Love you for that!

Tapi itu bukan sebab akak tulis entri ni.

🙂

This Saturday. Your big day. Tahniah akak dan Tajul ucapkan. Seriously. I’m so happy for you. So happy. Se-happy masa sambutan birthday Lin dulu di The Marche, The Curve. You look so happy. I’m so happy to see your cheer face. Tapi lebih happy dari itu. Untuk yang ini. Your big day.

Sayang, seribu kali sayang. Sedihnya hati. Beribu rasa sedih dan bersalah. Ampun maaf akak pinta. Kerana tak dapat hadir di hari penuh gemilang itu. Bersama berkongsi rasa gembira.

😦

Namun, dari wilayah Selatan ini, akak doakan segala kebahagian di dunia ini, untuk Lin dan Aie. Semoga sentiasa mendapat keberkatan, restu dan rahmat dari Yang Esa. Semoga sampai ke syurga.

Maafkanla. Maafkanla. T_T

Advertisements

4 thoughts on “Entri Untuk De5lin”

Comments are closed.