amyz story, suck

Baru Kau Tahu..

Ha. Duduk kerja di state agency ni, chances kau nak bermewah-mewah, satu partition seorang, kerja senang-lenang, memang tak dapat la dik. Kecil-kecil kerja yang selalu kau hantar pada kerani saja buat, sekarang semua kena buat sendiri. Bayangkan kerja failkan surat pun kau kena buat. Memang failed habis aku ni. T_T

Macam di head office, kau jaga satu dua sistem yang web-based, yang dua-duanya under vendor’s maintenance. Kerja kau memantau sajala. Error, log ke vendor. User request report, log ke vendor. Sekarang, takdanya. Sistem takde mana-mana maintenance, sendiri-sendirilah kaji koding 4gl tu. Huwuhuwu T_T

Dah nama IT Support. Kadang semua benda pun kena support. Bukan semua orang IT literate. Tetingkap Excel tu ter-minimize, sumpah dia tak tahu macam mana nak besarkan semula. Dari perisian sampailah ke perkakasan. Dari kecil-kecil perkara – macam mana nak on PC, sampailah ke server down. Itu perkara serius. Boleh nangis kalau server problem lepas ni. Nak configure semua, aku tak tahuuuuu~ T_T

Apa pun, susah mana pun, lelah mana pun. Kerja tetap kena buat. Amanah dan tanggungjawab. Kalau tak buat kerja, tak berkat gaji kau dapat tiap-tiap bulan tu tau~

Buat kerja, kerja juga. Enjoy tetap enjoy yaaa! Esok Jumaat. Yeay! Lunch hour di City Square atau Angsana? Haha!

 

Advertisements