amyz story, tulis

I Like!

Masih jakun dan seksaited menggunakan Bold 3. Walaupun kekuncinya kecil-kecil dan sering tertekan ‘enter’ bila hantar sms – sebab environment sms serupa chatting enviroment. Azlie cakap, aku buat kelakar, hantar 2-3 sms sekali. Haha. Nasib baik caj sedikit. *Sikit-sikit pun, kalau banyak kali, tak jadi banyak ke? Hadoi!*

Bukan nak banding dengan smart phone yang lain. Semua pun ada kelebihan masing-masing. Dan sebab aku tak pakai smart phone yang lain, adalah tidak adil aku cakap Bold 3 adalah best dari smart phone yang lain. Taklah. Bagi aku, aku suka pakai Bold 3. Kalau berpeluang guna iPhone pun, aku mungkin kata, iPhone pun best juga. Kan? 😉 HTC pun cam cool. Haha. Semua ko nak pakai. Ko ingat laki ko cop duit ke? Hurhur.

Aku suka sebab email, chatting, twitter, FB boleh 24/7. Bebila masa je. Fuh. Bebila masa, tapi FB ko dah berhabuk pun. Entah ek. Macam malas sangat nak update FB. Rajin komen status orang aje. I like men-twit lebih dari fb-ing. Ihik.

Then, boleh chat dengan pengguna BB yang lain dengan menggunakan BBM. Chat free plak tu. Tak payah hantar-hantar sms. Kalau tak online GTalk atau YM, boleh guna BBM untuk chat dengan orang yang ada BB saja. Yang tak ada BBM tapi ada smartphone yang lain boleh chat guna WhatsApp. Cool kan?

VS

Selain dari boleh surfing, chatting, twitting, fb-ing. Banyak aplikasi yang boleh di-download dari BB Aps World untuk lebih memudahkan hidup kau. Aku suka cari dan install apa-apa jenis aplikasi kecuali theme. Hehe. Antara aplikasi yang aku install adalah:

1. TuneIn.
Radio secara online. Best. Boleh dengar SinarFM di office tau~ Tapi sayang tak ada HitzFM

2. OvulationDays
Perancangan secara semula jadi. Bagus untuk conceive dan juga prevent pregnancy. Tanpa pil. Sebab aku ni culas sikit makan pil. Lepas tu selalu makan tak ikut waktu. Haih. 😉

3.  ScreenGrabber.
Fungsi untuk Screen capture. Macam gambar di atas adalah capture dari skrin BB aku. Cool kan? *Tapi ini dah edit sikit dengan PhotoScape~ Hehe.

4. CurrencyConverter.
Nilai pertukaran wang asing mudah diketahui dengan Currency Converter ni. Just in case nak beli barang di US, UK ke. Boleh tengok di sini. 😉

5. ProTranlateLite
Translate bahasa dengan mudah. Macam aku ni, bukan terel sangat English. Haha.

6. UnitConverter
Tak pasti nak tukar ukuran dalam kg ke lbs? Aplikasi ini boleh membantu. Gila banyak ukuran boleh diconvert!

7.CIMB-Mobile Banking
Perbankan kini di jari anda. Cewah~!

8. GoogleMaps
Boleh google maps dan boleh get direction! Suka!!

9. Mobile Google.
Untuk kerja-kerja meng-google apa pun yang anda suka.

10. Fancy Smiles
Smiley tambahan untuk email, twitter, fb, mesej dan lain-lain lagi~

11. Player for YouTube
Untuk tengok Maharaja Lawak. Hahaha.

12. Tumblr, WordPress.
Memudahkan kerja-kerja mem-blog dari phone.

13. CHEO Baby Go Lite
Flash card untuk Alam~ Hehe.

14.  Opera Mini
Untuk kerja-kerja men-surfing web. Opera lebih cantik dari BB default browser.

15. Blackberry Protect
Untuk melindungi data BB kita sekiranya BB dicuri. Harap-harap tidaklah. Huhu.

Kesemua aplikasi yang aku download ini adalah free dan hanya menggunakan 200Mb ++ dari 500Mb memori BB ni. Aku ni pula jenis download dan install dulu. Kalau tak suka, un-install. Senang cerita kan? 😉

Sekian, sharing is caring untuk hari ini. 🙂 Hihi.

Advertisements