Mangga Ke Pelam?

Semalam, duduk depan Chalet di Lereh River Resort, Melaka. Sedang borak-borak dengan Mak. Ada pokok mangga depan chalet kami. Aku tanya mak, “Ini pokok mangga kan?” Mak iyakan.

Azlie cakap, “Bukan. Pokok Pelam. Mangga tu padlock.”

Aku tergelak.

“Mangga la jugak tu.”

Ye. Kami selalu bercanggah pendapat. Aku cakap, Epok-epok adalah karipap tetapi, Azlie cakap, epok-epok adalah epok-epok. Karipap is a different kuih. Curry Puff. Lain kan? Huhu.

Azlie sambung, “Mangga tu, gambar tepi kolam”

Adik aku gelak kuat-kuat. Sabar aje la dengan humor sinikal Azlie ni. Haha.

In the other note, aku nak share link ini dan ini. Btw, siapa masih beli majalah Mangga ni? Sorry to say, that aku akan pandang jelik pada orang tu. Haha.

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

4 thoughts on “Mangga Ke Pelam?”

Comments are closed.