I Don’t Need Seth Tan

Sini-sana aku dengar, sini-sana aku baca, ramai awek-awek dan isteri-isteri orang sangat tergila-gilakan Seth Tan. Mengantung segunung harapan agar teman-lelaki atau suami seromantik, segagah, se-gentlemen, dan segala-gala ciri lelaki yang adorable seperti Seth Tan.

Tak tahu siapa Seth Tan? Ok. Pergi http://www.tonton.com.my, cari Nora Elena. ๐Ÿ˜›

Siapalah tak mahu Seth Tan jadi suami atau teman lelaki? Bunga dihadiahkan sebonet kereta. Kemudian, cakap pun lemah lembut, se-gentle mungkin. Nora Elena terseliuh kaki saja dah kena dukung. Perempuan mana tak mahu kena dukung dengan suami? Harhar. Kereta accident, dia tak hairan pasal kereta – dia kisah Nora Elena cedera atau tidak. How loving and caring he is. Siapalah tak mahu, kan?

Tapi, aku tak rasa macam tu. Aku tak adore Seth Tan. Walaupun romantik gila. Walaupun gentlemen gila. Walaupun loving, caring gila-gila kat isteri dia, Nora Elena. Aku tak ada rasa nak suami aku macam Seth Tan langsung. In fact, I don’t need my husband to be like Seth Tan.

Biarlah dengan cara sekarang. Azlie romantik, dan berikan kasih sayang pada aku dengan caranya sendiri. ๐Ÿ™‚ Dan aku suka begitu.

Aku dapat rasa perhatian dan kasih sayang yang banyak, bila Azlie kejutkan aku selepas dia balik kerja, suruh aku makan malam. Dia cakap, aku breastfeed Alam. Kalau tak makan, macam mana susu nak ada khasiat untuk Alam? Kejutkan dengan ciuman pula tu. Seth Tan ada buat? Ha ha ha!

Aku sangat-sangat menghargai bagaimana Azlie siapkan beg pam susu denganย assemble part pam, isi ice pack dalam beg cooler, masukkan botol storage dan botol pam, lipat nursing cover, susun elok-elok dalam beg pam susu,ย  setiap pagi sebelum aku pergi kerja, sementara aku bermake up siap-siap ke pejabat.

Aku rasa dia sangat sweet bila tolong aku sidai kain baju, tolong masukkan insert dalam cloth diaper dan lipat cloth diaper, tolong basuhkan botol susu dan part pam susu dengan bersungguh-sungguh, sampai berkilat-kilat botol susu aku tengok. ๐Ÿ™‚

Aku suka bila Azlie tolong checkkan enjin kereta, minyak kereta, minyak hitam, isikan air di kereta aku – to make sure kereta aku selamat dipandu dan sebab aku ni tak pandai langsung pasal kereta!

Ok. Cukuplah tu~ Bagi aku, kasih sayang, perhatian, cinta Azlie pada kami anak beranak adalah rahmat dari Allah tak terkira banyaknya. Syukur alhamdulillah atas kurniaan suami sebaik Azlie.

And I don’t ever think, I need Seth Tan. Not for now. Not for ever. Just because I already have Azlie~ ๐Ÿ™‚


Cinta hati saya, Azlie & Alam!

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

6 thoughts on “I Don’t Need Seth Tan”

  1. yeah setuju….i dah ade fird…xperlu seth tan..rasanya tidak ada lelaki mcm seth tan itu secara realitinya…

    Like

  2. ida : a ah. suami yg sayang, jaga kita baik2, bertanggungjawab, jadi pemimpin kita, dah bersyukur sgt.
    lelaki mcm tu mungkin ada. tapi tak ramai laa.. ahahaha.

    Like

  3. Wonder whether the real Aaron Aziz mcm tu ker tak?

    Org2 yg tgk Nora Elena ni semua org yg di alam fantasi berangan lelaki Ada mcm Seth Tan. Hahha in reality mana ada…

    Like

  4. newrin : aku baca twit aaron, dia sendiri mengaku dia tak macam tu. hakhakhak!

    yg menulis novel tu pun sama lah. imaginasi tinggi sgt utk seorang lelaki berciri-cirikan seth tan. macam cerita ghost whisperer gak. hahahaha.

    Like

Comments are closed.