Alam. Setahun Sudah Berlalu~

Alam. Alamkhir. Kesayangan papa & mama.

Hari ini, Alam sudah setahun, sayang~ Rasa macam baru saja mama pregnant.  Muntah-muntah tiap pagi. Muntah bila bau orang menumis bawang untuk memasak. Badan kembang-kembang. Kaki bengkak-bengkak. Jalan mengah-mengah. Muka tembam-tembam.  Paras hb rendah. BerPJJ pula tu dengan Papa.  Haih. Macam-macam masa pregnant kan Alam.

Tapi masa pregnantkan Alam, mama dapat degree. Mama konvo sama Alam. Alam tendang-tendang kelaparan masa dalam dewan. Hihi.

Bila Alam lahir, seronoknya mama papa. Papa pegang Alam adalah pertama kali papa pegang bayi. Tangan papa nampak gigil. Tapi papa tenang azan dan iqamahkan Alam.  Momen yang manis, selepas Papa Azan dan Iqamahkan, mama suakan  Alam untuk susu badan. Alam terus menyusu dengan mata tertutup. Kagum kami berdua masa tu. Tapi mama kena tahan 2 hari  dalam wad sebab doktor nak pantau darah tinggi mama.

Bila dah balik rumah 3 hari, boleh pula kena jaundice. Kena tahan wad 3 hari. Sepanjang masa berpantang tu, dua kali mama demam. Sekali tak tahu apesal. Sekali lagi, demam sebab bengkak susu.

Sepanjang berpantang, Alam memang cranky waktu nak tidur malam. Tiap malam akan nangis bila mama letakkan atas katil. Alam seboleh-boleh nak tidur dalam dukungan. Bila dah nyenyak, mama letak atas katil. Tak sampai 10 minit, Alam nangis kuat-kuat sebab nak tidur kat pangku mama. Pernah jugala mama tertidur-tidur secara duduk sebab Alam nak tidur atas pangku.

Cranky tidur malam ni sampai la Alam berusia 5-6 bulan juga rasanya. Dalam seminggu sekali tu, mesti ada sekali Alam terjaga pukul 2-3 pagi, menangis kuat-kuat, tak boleh dipujuk sebab tak dapat tidur. Alam hanya tertidur di bahu mama atau papa atau atuk. Alam oh Alam. Sekarang dah tak lagi. Kecuali, bangun menyusu.

Alhamdulillah, dah setahun ni, Alam menyusu badan dengan baik. Tanpa banyak masalah. Alhamdulillah, dipermudahkan niat mama untuk susukan Alam sepenuhnya. Tak pernah mama cuba berikan Alam susu formula. Kecuali dua minggu lepas. Sebab, stok susu ebm dah tak cukup. Terpaksa top up susu formula. Tak apalah Alam. Asalkan Alam masih menyusu badan.

Perkara yang mama suka bila balik rumah, sampai rumah Alam dah tunggu. Tersenyum-senyum bila nampak mama. Excited mama dah balik. Dalam walker terlompat-lompat. Jerit-jerit suka. Hulur tangan minta diambil. Lepas tu, cari susu. :-p

Alam memang budak yang kuat menangis, meragam. Drama baby. Alam juga seorang yang ceria, suka tertawa, suka bergurau, suka bermain. Suka duduk bawah meja solek nenek. Suka lari-lari dalam walker. Suka jerit kuat-kuat. Suka gigit kaki orang. Suka punggah barang di dapur. Suka campak-campak mainan. Kuat minum. Kuat makan. Kuat membebel. Kuat joget bila berjaga panjat meja. Sekarang ni, Alam asyik nak memanjat dan berdiri. Lepas tu joget-joget. Alam, Alam. Macam-macam sangat keletah Alam yang mama dan papa tak boleh nak lupa.

Keletah apa yang akan Alam belajar selepas ini? Tak sabar mama dan papa nak pelajari. 🙂

Untuk hari lahir yang pertama ini sayang, mama doakan Alam semoga sepanjang hidup Alam dipermudahkan, ditunjukkan jalan yang betul dan sentiasa dalam lindungan Yang Maha Kuasa. Membesar dengan baik, ye sayang. Lots and lots of love from us. Muahh!

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

7 thoughts on “Alam. Setahun Sudah Berlalu~”

  1. Happy Birthday Alam …. cepat rasa masa bila tgk Alam dah setahun … semoga membesar dgn sihat …

    Amyz , kalau air susu kurang, cuba try makan labu siam …. sgt mujarab utk bykkan susu ibu selain dr lobak putih … try la, kalau tak tau camne btk dia, kat fb akak ada gmbr labu siam tu …

    Like

  2. kak dayah : terima kasih auntie. 🙂

    a ah. amyz ada tgk gambar labu siam kat fb akak tu. nanti amyz cuba cari kat sini. kalau ada, mmg amyz cuba makan la. kalo boleh mmg nak susukan alam sampai 2 thn. aminnn.. 🙂

    Newrin : terima kasih mama honey. 🙂 terima kasih atas doa. aminnn~ 🙂

    Like

Comments are closed.