emosi, tulis

Don’t You Ever Judge~

Di sini, segala kemudahan adalah terhad. Surau, toilet terpaksa share dengan orang awam. Keadaannya kurang selesa sebab sempit dan ruang yang terhad. Kalau nak solat secara selesa, boleh pergi ke Masjid Abu Bakar sebelah hospital ni. Tapi, takdenye la nak jalan kaki ke sana kan~ Jauh jugak weh walaupun sebelah. :-p

Sebabkan terpaksa share dengan orang awam, kadang-kadang terpaksa solat lambat-lambat sikit. Tak adalah dekat pukul 4 baru nak solat Zuhur kan. Keji sungguh la. Tapi, tak adalah aku pergi masa time masuk waktu. Memang sesaklah. Siap tunggu giliran lagi. Hehe.

Ok. Bukan itu nak cerita di sini.

Cerita ni dah lama. Bulan-bulan lepas. Waktu aku nak solat di surau awam yang disediakan di hospital ni. Di dalam surau tu ada dua orang baru selesai solat. Salah seorang tu, selesai solat, dia duduk di tepi dinding. Aku tidak kisah kalau dia nak duduk lama-lama di surau. Tapi bagi aku, tolak ansur lah dengan orang lain yang nak solat. Kalau lepas solat, apa salahnya keluar cepat-cepat. Orang lain pun nak solat juga. Sebab tempat sempit. Kalau beramai-ramai kan jadi sesak dan tak selesa? Itu pendapat aku, waktu ketika itu.

Waktu aku nak mula solat, aku nampak dia keluarkan surah Yassin. Serta merta aku rasa berdosa. Aku patut perasankan air muka dia. Muram saja.

Inikan hospital? What you expect, ha Amyz?? Ada orang datang hospital untuk bergembira-gembira ke?

Mungkin dia sedang menunggu salah seorang keluarganya yang terdekat, atau yang tersayang, ang sedang berhempas pulas di wad memperjuangkan nyawa?

Oh Tuhan!

Dia baca yassin dengan sayu. Bergenang air mata aku dalam solat. Aku maki diri aku sendiri. Tak sensitif dan tahu menghukum orang saja!

😦

Selesai solat, aku keluar surau cepat-cepat sebab nak bagi laluan pada orang lain untuk menunaikan kewajiban pada Tuhan. Aku tak sempat nak cakap apa-apa. Cuma hati kecil aku saja. Hati aku berdoa agar dia bertabahlah dengan dugaanNya.

Dan kepadaNya sajalah, kita berserah.

Pengajaran kepada aku supaya tidak terlalu cepat judge, atau simply letak assumption yang tak baik tentang orang lain. Kita tak akan tahu masalah yang orang lain alami. Dugaan yang mereka tempuhi.

Semoga kita sentiasa mendapat pengampunan dariNya.

Advertisements

3 thoughts on “Don’t You Ever Judge~”

  1. Dulu tido kat hospital plg aku takut esp govt hospital but masa arwah MIL kena cancer aku slalu tido temankn dia kat HKL trs tak takut n aku dh solat di merata penjuru hospital n dh tgk mcm mana org berdoa mmg touch habis. I knw how u feel babe.
    Visiting govt hospital lagi rasa insaf dr private sbb private xnampak org keliling. Utk org yg jarang ke hospital govt like me whenever aku pegi sana mmg rasa diri ni lucky dan bersyukur.
    I couldnt imagine how u deal with it everyday. Sure lg stress. But the good side is we appreciate life better la. 🙂

    Like

  2. newrin : banyak perkara yang insaf juga since kerja kat sini. appreciate life, anak, suami, mak ayah. Insaf sangat~
    Tengok pakcik2 tua tunggu treatment sorang2 buat nak menangis, teringat kat mak ayah sendiri.
    Tengok anak orang menangis-nangis sebab kena rawat terus rasa seboleh-bolehnya tak mahu dia menangis pun.
    Dan mcm-mcm lagi, yg aku dulu tak boleh imagine, it happen here.
    🙂

    Like

Comments are closed.