Yeayy!!

Lompat si katak lompat.
Lompat tinggi-tinggi.
Apa cik adik dapat?
Untuk hadiah hari jadi?
(Ali Setan, ย 1985)

Hihi. Ni la aku dan Effa ni, suka sangat quote dialog-dialog dalam filem Ali Setan. Lagi satu dialog, Hey Ali, kau jangan main tudoh-tudoh! Hahaha. Ok. Minta maaf. Tapi bukan cerita Ali Setan mahu diceritakan di sini.

Ini adalah kisah seorang bayi bernama Alam sudah pun berusia satu tahun. Hendak celebrate dan belikan kek, budak tu tak reti makan kek. Karang ada juga kek yang tercampak kat lantai nanti. Haru je semua orang tak dapat merasa. Huhu.

Jadi, adalah lebih praktikal bagi seorang mama yang suka bershopping membelikan gadget ke, baju ke, mainan ke – untuk bayi tersebut. Ianya lebih dihargai oleh anak. Keh keh keh.

Apakah hadiah yang sesuai untuk budak berusia setahun?

.

.

.

Tadaaaa…

.

.

Ialah. Sebuah. Scramble Bug! Yeay!! (Eh, kenapa mama yang excited? Bukan anak ke yang patut excited? Eh.)

ย 

Scramble Bug ni aku beli di ToyCity Plaza Angsana, Jumaat lepas. Weekend hari tu, balik KL, tak sempat nak buka lagi untuk Alam test-power. Scramble Bug tu tersimpan dalam kereta aku lagi. Jadi, semalam, aku dan Azlie sama-sama tidak bekerja (EL- aku la sebab bangun lambat sangat. Haha!), Alam pula asyik meragam nak berdukung saja. Hadoi. Aku pun keluarkanlah hadiah untuk Alam ni.

Bila aku keluarkan saja dari kotak. Scramble Bug ni tak perlu pasang-pasang lagi. Cuma tarik sikit-sikit dah transform jadi sebuah “basikal”. Haha. Bila dah siap tu aku cakap, “Ha, ni motor Alam.” Alam tak adalah excited macam mama dia yang over tu. Dia cool je merangkak pelan-pelan kat Scramble Bug ni, pegang-pegang, lepas tu nak berdiri. Aku dudukkan dia atas “motor” tu, dia pun start tolak-tolak guna kaki. Tapi, tolak ke belakang.. Reverse. -_-“

Dah lama tu, baru dia boleh ke depan, ke belakang, ke tepi. Dah terel dah tu. Siap angkat kaki ke atas lagi. Hadoiii!

Ini Alam bersama Scramble Bug-nya. ๐Ÿ™‚

ย 

ย 

Alam nampak sangat enjoy masa naik Scramble Bug ni, siap buat bunyi-bunyi macam naik motor lagi. LOL!

nota kaki: ย Pembelian Scramble Bug ini adalah terpengaruh dengan Cik Daun di entri ini. The entry was a year ago (to be exact bulan 7 tahun lepas, where Alam baru je sebulan for god sake, Amyz!), but ia buat aku suka dengan Scramble Bug. Comel gila! Kalau mahu beli, sila beli di ToyCity. Ada cawangan di Alamanda, Putrajaya (sebab aku pernah nampak Scramble Bug di sini, dan Alamanda adalah rumah ke dua aku masa di Putrajaya dulu. Haha!). Di Johor Bahru pula, ToyCity ada di Plaza Angsana. Lain-lain cawangan ToyCity, aku tak pasti. Boleh google jika ingin tahu. Sekian~

Harga asal tak pasti. Tapi harga offer RM199. Plus info tambahan, Scramble Bug ini ada dijual di Expo Mom & Baby di Midvalley, next July. Wah. Banyak bagi info ni. Combi dan ToyCity perlu bagi penghargaan kat aku ni. Haha!

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

6 thoughts on “Yeayy!!”

Comments are closed.