amyz story, umum

Tukar Tema Blog.

Tukar theme blog yang entah ke berapa ratus kali entah. Nak cari tema blog yang sesuai bukan senang. Lepas tu sangkut pula nak design header.

Nak letak gambar sendiri, kalau jelita tu, tak apa juga. Ini muka.. Alahai. Tak payahla cakap apa. Sendiri yang kecik hati pulak nanti.

Letak gambar Alam. Berapa banyak daaa gambar Alam dalam blog ini. Eceh..

Tak apalah. Sebab Alam adalah subjek utama dalam blog ini. Biarlah gambar dia saja menghiasi header, dan juga ada terselit gambar kecil mama dan papa.

(Dari tak ada langsung gambar, bosan juga..)

Background image pun letak yang lama saja. Nak biar kosong, tak cun. Ceh.

Kalau selalu tukar tema blog, kawan aku cakap, ada jiwa kacau lew tew. (Saja guna bahasa rosak budak-budak zaman sekarang. Kihkih.)

Dua-tiga hari ni timbul satu perasaan tak best dalam diri. Harap semuanya cepat berakhir.

Isk.

Doa-doalah semoga semuanya cepat berakhir.. T_T

In the other note, kerja di sini bosan dan stress!!! (Lihat penggunaan 3 tanda seru, menandakan ianya benar-benar bosan dan stress!!!)

Maafkan emosi hari ini tidak stabil. Terima kasih kerana membaca.

Senarai keinginan untuk hari ini.

1. Beli milk pearl tea di Coolblog, perasa tak kisah perasa apa. Janji ada pearl tea tu.

2. Err.. Ok tak tahu nak apa.

Satu aje ke? Satu pun satu aje la~ Huhuhu.. T_T

Advertisements